‘Townhall Session Pushes for Greater Involvement of Youth and Agriculturists in Increasing Major Food Crop Yields’

YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak (MAFS Secretary-General) (third from left) together with YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan (SEDIA Chief Executive) (second from left), moderator Kevin George Ukang (SEDIA Chief Investment Officer) (leftmost) and other panel members of Townhall Session 1

Kota Kinabalu — The Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), in collaboration with the Business Development and Investment Division of the Ministry of Agriculture and Food Security (MAFS), had successfully organised Townhall Session 1 of the National Farmers, Breeders and Fishermen’s Day 2025 (HPPNK 2025) at the Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

The objective behind organising this townhall session is as an investment promotion programme, namely to promote and encourage investment in the agri-food sector through supporting an effective investment and business ecosystem, thereby increasing the sustainability of the country’s food security.

Carrying the theme ‘Pertanian sebagai Teras: Pelaburan Strategik dan Daya Tahan Rantaian Makanan Negara’, Townhall Session 1 is an initiative to encourage more local and foreign investors to jointly engage in the development of agri-food projects in Malaysia towards ensuring national food security. This townhall session was also held so as to discuss matters related to policies, potential and roles as well as incentives offered by agencies under MAFS in the agri-food industry. Additionally, it opens opportunities for business matching and strategic collaboration in the agriculture-based business sector.

In his opening speech, YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan (SEDIA Chief Executive) emphasised the importance of increasing efforts to increase food cultivation in Sabah and also throughout Malaysia. Based on the results of the study named “SDC — Study for a Master Plan of Sabah Interior Food Valley” conducted by SEDIA, the Self-Sufficiency Level (SSL) for several major crops in Sabah is very low and reflects a high dependence on imports. The SEDIA Chief Executive also encouraged the attendees of the townhall session to seriously engage in cultivating agricultural crops as a core focus.

The policy speech by YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak (MAFS Secretary-General) provided a clear picture of MAFS’ efforts to overcome the constraints faced in efforts to increase the SSL of major foods and also other challenges such as the average age of farmers, which is on the increase. The MAFS Secretary-General also informed the attendees of the townhall session that the Prime Minister has given more priority and emphasis to the agriculture sector in the preparation of the Thirteenth Malaysia Plan (13MP).

The panel members for Townhall Session 1 consisted of YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, YBhg. Datuk Leonard Stephen Poyong (Permanent Secretary of the Ministry of Agriculture, Fisheries and Food Industries), Mohd Hafiz bin Nordin (Director of ARC Berkat Agro Food Sdn Bhd), and Matthew Johnny Kulai (Chief Executive of Agridata Portal Sdn Bhd). Meanwhile, Kevin George Ukang (SEDIA Chief Investment Officer) served as the moderator of Townhall Session 1.

Various enquiries were raised during the question-and-answer session held at the end of Townhall Session 1, and topics that arose frequently included government initiatives to modernise agricultural activities, assistance to stimulate youths’ interest in agricultural activities, efforts to overcome the high prices of imported food products, and so on.

HPPNK 2025 was held during 1 to 3 August 2025, and this year’s celebration is celebrated with special significance in conjunction with the golden jubilee anniversary, which marks 50 years of its organisation since it was first introduced in 1975. The state of Sabah had been chosen as the location for the HPPNK 2025 celebration because of its great potential in the development of the agricultural sector. Among the main focuses of HPPNK 2025 are the Agro Millenia, Cukup dan Terjamin, Sejahtera MADANI as well as the Jualan dan Keusahawanan segments. The HPPNK celebration this time carries the theme ‘Kudrat Kami Menjamin Pertiwi’ which depicts the spirit and responsibility of farmers, breeders and fishermen in the country’s agriculture, livestock and fisheries sectors in ensuring national food security for the well-being of the people.

HPPNK is a prestigious event organised by MAFS together with its departments and agencies that brings together farmers, breeders and fishermen from all over the country to celebrate their contributions in ensuring food sufficiency and security, as well as driving the development of the country’s agro-food sector. This year, SEDIA is pleased to be a strategic partner in HPPNK 2025, in line with MAFS’ agenda to intensify efforts to ensure the sustainability of the country’s agro-food industry to increase local food production and reduce dependence on imported food.


SEDIA Mengusahakan Projek Penjanaan Tenaga Solar Bangunan Kerajaan yang Pertama di Sabah

YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak (Ketua Setiausaha KPKM) (ketiga dari kiri) bersama dengan YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan (Ketua Eksekutif SEDIA) (kedua dari kiri) serta moderator Kevin George Ukang (Ketua Pegawai Pelaburan SEDIA) (kiri) dan ahli panel Sesi Townhall 1

Kota Kinabalu — Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Pelaburan (BDI), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan jayanya telah menganjurkan Sesi Townhall 1 sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan Tahun 2025 (HPPNK 2025) di Sabah Internasional Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Objektif di sebalik penganjuran sesi ini adalah sebagai program galakan pelaburan iaitu mempromosi dan menggalakkan pelaburan sektor agromakanan melalui sokongan ekosistem pelaburan dan perniagaan yang berkesan, seterusnya meningkatkan kemampanan sekuriti makanan negara.

Penganjuran Sesi Townhall 1 bertemakan ‘Pertanian sebagai Teras: Pelaburan Strategik dan Daya Tahan Rantaian Makanan Negara’ merupakan inisiatif untuk menggalakkan lebih ramai pelabur tempatan dan asing untuk bersama-sama terlibat dalam pembangunan projek agromakanan di Malaysia ke arah menjamin sekuriti makanan negara. Penganjuran sesi townhall ini juga adalah untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan dasar, potensi dan peranan serta insentif yang ditawarkan oleh agensi di bawah KPKM dalam industri agromakanan. Ia juga turut membuka peluang pemadanan perniagaan dan kerjasama strategik dalam sektor perniagaan berasaskan pertanian.

Dalam ucapan pembukaan YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan (Ketua Eksekutif SEDIA), beliau memberi penekanan terhadap kepentingan meningkatkan usaha memperbanyakkan penanaman makanan di Sabah dan juga di seluruh Malaysia. Menurut kajian “SDC — Study for a Master Plan of Sabah Interior Food Valley” yang dijalankan oleh SEDIA, Self-Sufficiency Level (SSL) bagi beberapa tanaman utama di Sabah seperti beras, koko dan buah-buahan tropika adalah sangat rendah dan menggambarkan kebergantungan yang tinggi terhadap import. Ketua Eksekutif SEDIA turut menggalakkan para hadirin Sesi Townhall agar melibatkan diri secara serius mengusahakan tanaman pertanian sebagai kerjaya utama.

Ucapan dasar YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak (Ketua Setiausaha KPKM) telah memberi gambaran jelas mengenai usaha KPKM untuk mengatasi kekangan yang dihadapi dalam usaha meningkatkan SSL makanan utama dan juga cabaran lain seperti golongan petani yang purata umurnya semakin tua. YBhg. Ketua Setiausaha KPKM juga memaklumkan kepada hadirin Sesi Townhall bahawa YAB Perdana Menteri telah memberi keutamaan dan penekanan lebih kepada sektor pertanian semasa penghasilan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13).

Ahli-ahli panel bagi sesi Townhall 1 terdiri daripada YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, YBhg. Datuk Leonard Stephen Poyong (Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan), Encik Mohd Hafiz bin Nordin (Pengarah ARC Berkat Agro Food Sdn Bhd) dan Encik Matthew Johnny Kulai (Ketua Eksekutif Agridata Portal Sdn Bhd). Manakala moderator Sesi Townhall 1 dikendalikan oleh Encik Kevin George Ukang (Ketua Pegawai Pelaburan SEDIA).

Pelbagai pertanyaan telah dikemukakan semasa sesi soal jawab yang diadakan pada penghujung Sesi Townhall 1, dan topik-topik yang sering timbul termasuklah seperti inisiatif-inisiatif kerajaan bagi memodenkan kegiatan pertanian, bantuan untuk merangsang minat golongan belia dalam aktiviti pertanian, usaha mengatasi harga tinggi produk makanan import, dan sebagainya.

HPPNK 2025 diadakan pada 1 hingga 3 Ogos 2025 dan sambutan tahun ini diraikan dengan lebih istimewa bersempena ulang tahun jubli emas yang menandakan 50 tahun penganjurannya sejak mula diperkenalkan pada tahun 1975. Negeri Sabah telah dipilih sebagai lokasi sambutan HPPNK 2025 kerana potensinya yang besar dalam pembangunan sektor pertanian. Antara fokus utama HPPNK 2025 adalah Segmen Agro Millenia, Cukup dan Terjamin, Sejahtera MADANI serta Segmen Jualan dan Keusahawanan. Sambutan HPPNK pada kali ini mengangkat tema ‘Kudrat Kami Menjamin Pertiwi’ yang menggambarkan semangat dan tanggungjawab para peladang, penternak dan nelayan dalam sektor pertanian, penternakan, dan perikanan negara dalam memastikan keselamatan makanan negara untuk kesejahteraan rakyat.

HPPNK merupakan acara berprestij anjuran KPKM bersama jabatan dan agensi di bawahnya yang menghimpunkan warga peladang, penternak dan nelayan dari seluruh negara bagi meraikan sumbangan mereka dalam memastikan kecukupan dan keterjaminan makanan serta memacu pembangunan sektor agromakanan negara. Tahun ini pihak SEDIA berbesar hati menjadi rakan strategik dalam HPPNK 2025, selaras dengan agenda KPPM untuk memperhebatkan usaha menjamin kelangsungan industri agromakanan negara bagi meningkatkan pengeluaran makanan tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada makanan import.

Similar Posts