“SEDIA STRENGTHENS COLLABORATION WITH MTDC TO INTRODUCE INNOVATION AND TECHNOLOGY DEVELOPMENT EFFORTS AMONG SABAH RESEARCHERS”

Chief Minister cum SEDIA Chairman YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor (fourth from left) witnessing the signing of the memorandums of understanding between MTDC (represented by Chief Executive Officer YBrs. Ts. Hj. Mohammad Hazani Hj. Hassan, seated middle) with SEDIA (represented by Chief Executive YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan, seated right) and the Malaysia Cocoa Board (represented by Director General YBhg. Datuk Dr. Ramle Hj Kasin, seated left), together with (left to right) YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal (Deputy Minister of Science, Technology and Innovation), YB Datuk Jahid Jahim (Sabah Rural Development Minister), YB Datuk Haji Mohd Ariffin bin Haji Mohd Arif (Minister of Science, Technology and Innovation), YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong (Sabah State Secretary), and YB Datuk Abidin Madingkir (Assistant Minister to the Chief Minister) 
Chief Minister cum SEDIA Chairman YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor (third from right) together with Deputy Minister of Science, Technology and Innovation YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal (fourth from right), MTDC Chief Executive Officer YBrs. Ts. Hj. Mohammad Hazani Hj. Hassan (second right), and SEDIA Chief Executive YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan (right-most) with other delegates in front of the SEDIA-MTDC exhibition booth

Kota Kinabalu — The Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) had partnered with the Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) — an agency under the Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) — to organise Road2Growth (R2G) Sabah, during which the opening ceremony also saw the signing of a Memorandum of Understanding (MoU) between the two organisations.

R2G is an annual programme by MTDC, with the objective of introducing its services such as its Technology Development Ecosystem and Technology Investment, in line with MTDC’s function as a technology investment company.

Among the main objectives in organising the R2G Sabah programme with SEDIA include:

  1. Creating awareness and promoting the role of key stakeholders, especially the government agencies involved in the technology development ecosystem through support such as advisory services, guidance and consultation on related topics such as fund generation; ecosystem cooperation; business and technology consulting (including human capital development) in Industry 4.0; and technological adaptation;
  2. Presenting innovation, products and services to target groups consisting of researchers/innovators, companies, individuals/private individuals in order to create opportunities for exposure towards attracting the interest of investors for potential collaboration;
  3. Develop effective collaborative relationships among the parties involved in the ecosystem, to create strategic cooperation and collaboration to promote innovative products and market expansion; and
  4. Encouraging and fostering the interest of researchers/innovators, companies, individuals / private entities to continue to be active in Research and Development (R&D) in order to explore local talent and bring progress to economic development in the state of Sabah.

Meanwhile, the signing of the Memorandum of Understanding between SEDIA and MTDC is aimed at encouraging and realising the aspirations of local researchers and innovators towards commercialising the results of their research studies, and the production of high-value local products that have the potential to be exported, thus further increasing the trade balance of the state of Sabah which can simultaneously drive our local economy.

In his welcoming speech, SEDIA Chief Executive Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan stated that “today’s event is the culmination of months of joint planning, and functions as a platform for knowledge exchange, networking, and the exploration of new opportunities that will drive Sabah’s economic transformation. Hopefully the signing of this MoU between SEDIA and MTDC will be able to create widespread opportunities for researchers/innovators, companies, entrepreneurs, or individuals in commercialising the results of studies or research in support of entrepreneurship, in addition to developing new sectors based on technology and innovation in Sabah”.

The signing of the MoU was witnessed by the Guest of Honour, Chief Minister cum SEDIA Chairman Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor. The opening ceremony was also attended by Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal (Deputy Minister of Science, Technology and Innovation).

The collaboration with MTDC is SEDIA’s initiative to respond to the call from YAB Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor during the last SEDIA Members of Authority meeting, that is for study and research centres in Sabah to play a role in developing knowledge and encouraging innovation.

The collaborative effort between SEDIA and MTDC began on 24 June 2024 with two simultaneous events: the “SEDIA Roundtable Session: Programme for Innovation and Technology Accelerator (SEDIA-PINTAR)” and also the “SEDIA and MTDC Meeting with SEDIA-PINTAR Strategic Partners” which were attended by representatives from local higher education institutions, research institutions, government agencies, chambers of commerce, related private companies as well as stakeholders.

These two programmes are important steps in establishing strategic collaboration between SEDIA and MTDC, towards activities to enhance Research and Development and Commercialisation and Innovation (R&D&C&I) efforts among local researchers and innovators.

Today’s programme is among efforts by SEDIA to drive several initiatives listed in the SDC 2.0 Blueprint, including:

  • Initiative #4: Knowledge Hubs — Pilot, develop and commercialise application of technologies in collaboration with universities, research institutions and industry players in forestry, marine science/ aquaculture, and biomass/circular economy;
  • Initiative #26: Interior Food Valley — Increase household income and support food security through extension services that improve agricultural productivity; and
  • Initiative #27: Equip youth with modern and responsible farming practices, application of technology and expansion into agricultural services.

Through this effort, it is hoped that researchers and innovators will be encouraged towards the commercialisation of R&D outcomes carried out in Sabah, as well as increase commercialisation opportunities so as to boost the local economy.


“SEDIA MEMPERERAT KERJASAMA DENGAN MTDC BAGI MEMPERKENALKAN USAHA INOVASI DAN PEMBANGUNAN TEKNOLOGI DI KALANGAN PENYELIDIK SABAH”

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi SEDIA YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor (keempat dari kiri) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara MTDC (diwakili Ketua Pegawai Eksekutif YBrs. Ts. Hj. Mohammad Hazani Hj. Hassan, duduk tengah) dengan SEDIA (diwakili Ketua Eksekutif YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan, duduk kanan) dan Lembaga Koko Malaysia (diwakili Ketua Pengarah YBhg. Datuk Dr. Ramle Hj Kasin, duduk kiri), bersama (kiri ke kanan) YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), YB Datuk Jahid Jahim (Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah), YB Datuk Haji Mohd Ariffin bin Haji Mohd Arif (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong (Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah), dan YB Datuk Abidin Madingkir (Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri)
Ketua Menteri merangkap Pengerusi SEDIA YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor (ketiga dari kanan) bersama Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal (keempat dari kanan), Ketua Pegawai Eksekutif MTDC YBrs. Ts. Hj. Mohammad Hazani Hj. Hassan (kedua dari kanan), dan Ketua Eksekutif SEDIA YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan (hujung kanan) bersama delegasi lain di hadapan reruai pameran SEDIA-MTDC

Kota Kinabalu — Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) telah menjalinkan kerjasama dengan Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) — salah satu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) — untuk menganjurkan acara Road2Growth (R2G) Sabah. Di samping itu, majlis pembukaan acara tersebut juga menyaksikan penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak SEDIA dan MTDC.

R2G merupakan program tahunan anjuran MTDC yang diadakan dengan objektif untuk memperkenalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MTDC seperti Ekosistem Pembangunan Teknologi dan Pelaburan Teknologi, selaras dengan fungsi MTDC sebagai syarikat pelaburan teknologi.

Antara objektif utama bagi penganjuran Program R2G Sabah ini adalah:

  1. Memberi kesedaran dan menguar-uarkan peranan pihak-pihak berkepentingan, terutamanya pihak kerajaan yang terlibat dalam ekosistem pembangunan teknologi menerusi sokongan seperti khidmat nasihat, panduan dan bimbingan untuk topik-topik yang berkaitan seperti penjanaan dana; kerjasama ekosistem; perundingan perniagaan dan teknologi (termasuk pembangunan modal insan) dalam industri 4.0; dan adaptasi teknologi.
  2. Menampilkan inovasi, produk dan perkhidmatan kumpulan sasaran yang terdiri daripada penyelidik/innovators, syarikat, individu/persendirian agar diberi peluang pendedahan untuk menarik minat para pelabur bagi potensi kerjasama.
  3. Mengembangkan hubungan kerjasama yang berkesan antara sesama lain yang terlibat dalam ekosistem bagi mewujudkan kerjasama dan kolaborasi strategik untuk mempromosikan produk inovatif dan pengembangan pasaran.
  4. Mendorong dan memupuk minat penyelidik/innovators, syarikat, individu/persendirian untuk terus bergiat dalam Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) demi menerokai bakat tempatan dan membawa kemajuan kepada pembangunan ekonomi di negeri Sabah.

Manakala, sesi menandatangani Memorandum Persefahaman diantara SEDIA dan MTDC adalah bertujuan untuk menggalakkan dan merealisasikan impian para penyelidik dan innovator tempatan ke arah mengkomersialkan hasil-hasil kajian penyelidikan mereka dan pengeluaran produk tempatan bernilai tinggi dan berpotensi untuk dieksport, seterusnya meningkatkan imbangan perdagangan negeri Sabah yang sekaligus dapat memacu ekonomi tempatan kita.

Dalam ucapan alu-aluannya, SEDIA Chief Executive Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan menyatakan bahawa “acara hari ini adalah kemuncak daripada berbulan-bulan perancangan bersama. Ia berfungsi sebagai wadah pertukaran pengetahuan, jaringan, dan penerokaan peluang baru yang akan memacu transformasi ekonomi Sabah. Semoga dengan termeterainya MoU antara SEDIA dan MTDC ini akan dapat mencipta peluang yang luas kepada para penyelidik/innovator, syarikat, usahawan, mahupun individu dalam mengkomersialkan hasil-hasil kajian atau penyelidikan mereka dalam menyokong keusahawanan, di samping membangunkan sektor baharu berasaskan teknologi dan inovasi di Sabah”.

Sesi menandatangani Memorandum Persefahaman tersebut disaksikan oleh Tetamu Kehormat, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi SEDIA. Majlis perasmian acara juga dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Mohammad Yusof bin Apdal (Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).

Penjalinan kerjasama dengan MTDC merupakan inisiatif SEDIA untuk menyahut saranan Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada Mesyuarat Pihak Berkuasa SEDIA yang lepas, iaitu agar pusat-pusat kajian dan penyelidikan di Sabah dapat memainkan peranan dalam membangunkan pengetahuan serta menggalakkan inovasi.

Usaha kerjasama antara dua pihak itu bermula dengan anjuran serentak “Sesi Meja Bulat SEDIA: Programme for Innovation and Technology Accelerator (SEDIA-PINTAR)” dan juga “Mesyuarat SEDIA dan MTDC bersama Rakan Strategik SEDIA-PINTAR” pada 24 Jun 2024, yang dihadiri oleh wakil-wakil daripada institusi pengajian tinggi Sabah, institusi penyelidikan, agensi kerajaan, dewan-dewan perniagaan, syarikat-syarikat swasta yang terlibat serta pihak-pihak berkepentingan. Program tersebut merupakan langkah awal yang penting dalam menjalin kerjasama strategik antara SEDIA dan MTDC, ke arah aktiviti mempertingkatkan usaha Penyelidikan dan Pembangunan dan Pengkomersialan dan Innovasi (R&D&C&I) di kalangan penyelidik dan innovator tempatan.

Program pada hari ini juga merupakan salah satu usaha untuk memacu beberapa inisiatif yang disenaraikan di dalam Rangka Tindakan SDC 2.0, termasuklah:

  • Inisiatif #4: Hab Pengetahuan — Merintis, membangunkan dan mengkomersialkan aplikasi teknologi dengan kerjasama universiti, institut penyelidikan dan pemain industri dalam bidang perhutanan, sains marin/akuakultur dan biojisim/ ekonomi kitaran;
  • Inisiatif #26: Lembah Makanan di Pedalaman — Meningkatkan pendapatan isi rumah dan menyokong jaminan bekalan makanan melalui khidmat pengembangan yang dapat meningkatkan produktiviti pertanian; dan
  • Inisiatif #27: Usahawan-Petani Gen Baru — Melengkapkan belia dengan kaedah penanaman moden, penggunaan dan pengembangan teknologi ke dalam perkhidmatan pertanian melalui usaha pembangunan teknologi daripada hasil-hasil kajian yang dijalankan.

Dengan adanya program yang telah berlangsung ini diharap akan dapat menggalak dan meningkatkan peluang para penyelidik dan innovator menuju ke arah pengkomersialan hasil R&D yang dijalankan bagi meningkatkan ekonomi Sabah.

Similar Posts