“SEDIA Leads Efforts in Sabah to Align Development Initiatives with SDG”

Kota Kinabalu — The Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) is organising the Malaysia Sustainable Development Goals (SDG) Summit 2024 Sabah Region, which will be held on 25 January 2024 at the Sabah International Convention Centre. This event is aimed at providing an avenue for discussion of currents efforts at streamlining SDG into economic development activities carried out by the government as well as the private sector.

SDG is an agenda introduced by the United Nations (UN) since 2015 and comprises of 17 goals towards achieving a shared goal by all 193 UN Member States, known as “Transforming our World: the 2030 Agenda for Sustainable Development”. SDG is further broken down into 169 various targets towards achieving the 17 goals, and addresses social and economic development issues.

The Malaysia SDG Summit 2024 Sabah Region will comprise of various events for all participants such as an exhibition, forum and plenary sessions with speakers representing various stakeholders, YouthJoy expo, as well as a career carnival. The summit will bring together all the stakeholders in developing Sabah’s economy and socio-economy, towards ensuring all development initiatives in the state from both public and private sectors are conducted in accordance with SDG. The topics that will be covered include sustainable growth, inclusive development, biodiversity preservation, food security and access to quality education, to name a few.

For the YouthJoy activity, the objective is to raise awareness of the role of SDGs in efforts to improve development in Sabah among the youth, especially teenagers and young adults. YouthJoy will consist of various pocket talks by stakeholders involved in development, the environment, and rural community empowerment. In addition, there will also be a Meet & Greet session with Sabah FC soccer player from Korea Park Taesu, games and quiz activities, fashion shows, and traditional and cultural performances.

This entire event is a part of the larger Malaysia SDG Summit 2023-2024 series, which is a programme by the Ministry of Economy to be held across five regions throughout Malaysia. The Ministry of Economy plans for the Malaysia SDG Summit 2023-2024 to be coordinated in each region by the respective Economic Corridor Authorities, with collaboration with the State Governments and local authorities.

For the Malaysia SDG Summit 2024 Sabah Region, the theme will be “SDGs Local Actions for an Inclusive, Sustainable and Resilient Malaysia”, in line with the Ministry of Economy’s efforts to intensify the implementation of SDG at the state and local levels.

The Malaysia SDG Summit 2023-2024 series is the second time this global summit series is held in Malaysia. The first summit was held in 2019 and received very good response whereby the recorded attendance exceeded 2,600 participants from the public and private sectors, academia, CSO, youth groups and representatives of people with disabilities, from locally and abroad.

The organiser for the Sabah region, SEDIA is the statutory body entrusted to serve as the one-stop authority driving forward Sabah Development Corridor (SDC) programmes and initiatives. SDC is one of Malaysia’s five economic regions, currently guided by the SDC Blueprint 2.0 (2021–2030) to enhance the quality of life of the people by accelerating the growth of Sabah’s economy, promoting regional balance and bridging the rural-urban divide while ensuring sustainable management of the state’s resources. In line with Malaysia’s commitments as a responsible global citizen, the SDC Blueprint 2.0 also provides an opportunity to connect with SDG.

This blueprint is a strategic plan with high aspirations, drawn up to stimulate economic growth while ensuring inclusiveness and sustainability. Towards the year 2030, efforts guided by the SDC Blueprint 2.0 will bring in RM95 billion in private investments, generating 450,000 jobs (of which 70,000 would be direct contribution through SDC) and contributing an additional RM20 billion in GDP by 2030, which will bring Sabah’s GDP at that time to RM140 billion. This will help to ensure achievement of the overarching goal for SDC: “Sustainable Growth with Equity and Social Inclusion”.


“SEDIA Menerajui Usaha Menyelaraskan SDG dengan Usaha Pembangunan Sabah”

Kota Kinabalu — Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) akan mengadakan Sidang Kemuncak Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Malaysia — atau Malaysia SDG Summit — peringkat Wilayah Sabah pada 25 Januari 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Acara ini diadakan dengan tujuan membuka perbincangan mengenai usaha penyelarasan SDG dengan aktiviti pembangunan ekonomi yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta.

Matlamat Pembangunan Mampan atau dikenali sebagai Sustainable Development Goals (SDG) adalah agenda oleh United Nations sejak awal 2015. Ianya terdiri oleh 17 matlamat bagi mencapai resolusi “Mengubah Dunia Kita: Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan”, iaitu satu resolusi bersama antara kerajaan daripada 193 negara. SDG mempunyai senarai sasaran yang berbagai untuk dicapai (169 sasaran) bagi mencapai 17 matlamat yang meliputi penyelesaian isu-isu pembangunan sosial dan ekonomi.

Acara ini terdapat banyak pengisian untuk semua peserta, termasuklah bahagian pameran, forum dan persidangan pleno dengan pelbagai penceramah mewakili pihak berkepentingan, program YouthJoy, dan juga karnival kerjaya.

Acara persidangan akan membawa bersama semua pihak berkepentingan dalam usaha pembangunan ekonomi dan sosio-ekonomi negeri Sabah, untuk memastikan semua inisiatif pembangunan yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan swasta adalah sejajar dengan SDG. Topik yang dibincangkan akan merangkumi pertumbuhan mampan, pembangunan inklusif, pemeliharan biodiversiti, keterjaminan makanan, akses kepada pendidikan berkualiti, dan sebagainya.

Bagi aktiviti YouthJoy, objektif adalah untuk melahirkan kesedaran terhadap peranan SDG dalam usaha mempertingkatkan pembangunan di Sabah di kalangan pemuda, terutamanya remaja dan belia. Segmen YouthJoy terdiri daripada pelbagai pocket talk oleh pihak berkepentingan berkaitan pembangunan, alam sekitar, dan memperkasakan masyarakat luar bandar. Selain itu, terdapatnya juga sesi Meet & Greet bersama pemain bola sepak Sabah FC dari Korea Park Taesu, aktiviti permainan dan kuiz, pementasan fesyen, serta persembahan tradisi dan budaya.

Acara ini merupakan sebahagian dari Siri Sidang Kemuncak SDG Malaysia bagi 2023-2024, iaitu satu program oleh Kementerian Ekonomi yang diadakan di lima wilayah di seluruh Malaysia. Kementerian Ekonomi juga telah memutuskan agar siri program ini diadakan mengikut wilayah dan diselaraskan oleh pihak-pihak berkuasa koridor (PBK) dengan kerjasama bersama pihak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Bagi Sidang Kemuncak SDG Malaysia Wilayah Sabah, tema yang ditetapkan adalah “Pelaksanaan SDG pada Peringkat Tempatan untuk Malaysia yang Inklusif, Mampan dan Berdaya Tahan”, selaras dengan usaha Kementerian Ekonomi untuk mempergiatkan pelaksanaan SDG di peringkat negeri dan tempatan.

Siri Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2023-2024 merupakan kali kedua persidangan bertaraf antarabangsa ini diadakan di Malaysia. Persidangan pertama pada tahun 2019 telah mendapat sambutan yang sangat baik di mana rekod kehadiran mencecah 2,600 peserta yang terdiri daripada sektor awam, sektor swasta, ahli akademik, wakil CSO, serta kumpulan belia dan orang kurang upaya (OKU) dari dalam dan luar negara.

SEDIA, iaitu pihak penganjur Sidang Kemuncak SDG Malaysia Wilayah Sabah, adalah badan berkanun yang diamanahkan berkhidmat sebagai pihak berkuasa sehenti bagi memacu program dan inisiatif di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC). SDC pula merupakan salah satu daripada lima wilayah ekonomi Malaysia, yang kini dipandu oleh Rangka Tindakan SDC 2.0 (2021–2030) untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dengan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi Sabah, mempromosikan keseimbangan serantau, dan merapatkan jurang bandar-luar bandar sambil memastikan pengurusan sumber negara yang mampan.

Selaras dengan komitmen Malaysia sebagai peserta global yang bertanggungjawab, Rangka Tindakan SDC 2.0 juga memberi peluang untuk menghubungkan keutamaan pembangunan Sabah dengan SDG.

Rangka tindakan ini adalah satu pelan strategik beraspirasi tinggi, yang dirangka untuk merangsang pertumbuhan ekonomi sambil memastikan keterangkuman dan kemampaman. Menjelang tahun 2030, ia dijangka dapat menarik masuk pelaburan swasta sebanyak RM95 billion, menjana 450,000 pekerjaan (dimana 70,000 adalah sumbangan terus melalui SDC), dan menyumbang KDNK tambahan sebanyak RM20 billion, iaitu meningkatkan KDNK Sabah berkembang setinggi RM140 billion pada masa itu. Ini dapat bantu memastikan pencapaian secara meluruh matlamat SDC, iaitu “Pertumbuhan Mampan dengan Inklusiviti Sosial dan Ikuiti”.

Similar Posts