“Commercialisation of State’s Agribiotechnology to be Spearheaded through SAIP”

(seated, left to right) Datuk Dr. Ramzah Dambul (IDS Chief Executive Officer), Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan (SEDIA Chief Executive) and Haizar R. H. Ajaz Nabijan (SEDCO General Manager) during the tripartite agreement signing ceremony, witnesseed by (standing, left to right) Datuk Robert Stidi (MAFFI Permanent Secretary), Datuk Seri Dr. Arsit bin Sedi (SEDCO Deputy Chairman), Datuk Nor Asiah Mohd Yusof (Sabah State Attorney-General), Datuk Rubin Balang (SEDCO Chairman), Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan (Deputy Chief Minister I cum Minister of Agriculture and Fisheries), Datuk Phoong Jin Zhe (Minister of Industrial Development and Entrepreneurship), and Datuk Thomas Logijin (MIDE Permanent Secretary)

Kota Kinabalu — A signing ceremony was held this morning for a tripartite agreement between the Sabah Economic Development Corporation (SEDCO), Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), and Institute for Development Studies, Sabah (IDS). The tripartite agreement facilitates the transition of management and operations of the Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) from SEDIA to SEDCO, and establishes the terms of lease for the land upon which SAIP is built, with IDS as the land owner.

In addition to the tripartite agreement, the ceremony also saw SEDCO sign a Memorandum of Understanding (MoU) with CAIQ Biosecurity Sdn Bhd to align SAIP with a commercial agribusiness. The MoU will facilitate the establishment of a Food Inspection and Testing Centre in Sabah, according to international standards.

Through the MOU, SEDCO will carry out a proper study to ensure that the establishment of the aforementioned centre can be implemented, and furthermore enable local products to penetrate the China market. This Food Inspection and Testing Centre will be developed at SAIP, and will be a pilot business to commercialise and transform SAIP into an independent and viable entity.

The 185-acre SAIP was launched through the Sabah Development Corridor (SDC) on 29 January 2008, and envisaged as a centre of excellence in agro-biotechnology by optimising the state’s biodiversity and abundant natural resources to produce higher value-added food and specialty products based on botanicals, aquatic plants and animals. The precinct — located at Batu 30, Jalan River Benoni Diversion, Kimanis — houses an integrated production line facility and laboratory facilities for the development and processing of agro-based products, neutraceuticals and biopharmaceuticals. Early stages of SAIP development also established an Administration and Incubation Centre, Post-Harvest Collection and Handling Centre, Herb Manufacturing Centre, and Controlled-Environment Farming (CEF) greenhouses. With Phase 4 of SAIP development which was completed in 2020, a Cosmetics and Personal Care Manufacturing Facility, 20 units of SME lots, a storage building, and net houses for Controlled Environment Farming were added to SAIP infrastructure. Efforts had also been made to comply with Good Manufacturing Practices (GMP), Secure Food Certification Scheme (MeSTI) and Halal certification.

Under the SDC, SEDIA was tasked to develop the preliminary infrastructure for SAIP in phases, and for SAIP to thereafter be handed over to an identified government entity for expansion and commercialisation. After consultation and discussion between SEDIA, IDS, the Ministry of Industrial Development and Entrepreneurship (MIDE), the Ministry of Agriculture, Fishery and Food Industry with involvement of the State Secretary as well as several state GLCs, the State Government came to the decision for MIDE to take over the management of SAIP through its agency SEDCO, with the goal towards commercialisation.

A Head of Agreement (HoA) was thus signed on 12 May 2022 between SEDCO, SEDIA and IDS, to further establish talks between the three parties in order to ensure a smooth transition of SAIP operations and assets. The talks have culminated into the signing of the tripartite agreement, enabling SEDCO to progress forward and ensure SAIP is transformed into an independent and sustainable commercial entity.

Under SEDIA, SAIP had played a key role in SME development initiatives under SDC through the Agro-SAIP training programme, which had benefitted 2,501 participants from throughout Sabah over the span of 41 courses during 2012–2020. The Agro-SAIP training programme, which assisted local SMEs in enhancing their skills, expertise and capabilities, was established with the aim to empower technopreneurs in the agro-based industry, by giving the necessary exposure and transfer of knowledge, especially on the processing of agro-food and specialty natural products. Through the training programme, participants were given access to experienced speakers and industry representatives in various sectors; speakers well-versed in pharma-herbs, controlled environment farming, post-harvest handling technology, agro-organic and agro-food industries, business and marketing through e-commence, and bio-science and biotechnology had been invited to come and share their experience and expertise with participants.

Meanwhile, CAIQ Biosecurity will serve as a channel to ensure the compliance of local products with international standards, particularly for the China market. The company provides consulting, inspection and feasibility testing services for agricultural and food products, and even cosmetics that will be exported to China. The company also works with the Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) and Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Left to right: Dr. Ch’ng Soo Ee (CAIQ Biosecurity CEO), Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan (SEDIA Chief Executive), Datuk Robert Stidi (MAFFI Permanent Secretary), Datuk Seri Dr. Arsit bin Sedi (SEDCO Deputy Chairman), Datuk Nor Asiah Mohd Yusof (Sabah State Attorney-General), Datuk Rubin Balang (SEDCO Chairman), Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan (Deputy Chief Minister I cum Minister of Agriculture and Fisheries), Datuk Phoong Jin Zhe (Minister of Industrial Development and Entrepreneurship), Datuk Dr. Ramzah Dambul (IDS Chief Executive Officer), Datuk Thomas Logijin (MIDE Permanent Secretary), and Haizar R. H. Ajaz Nabijan (SEDCO General Manager)

Pengkomersialan Agribioteknologi Negeri akan Diterajui melalui SAIP

Kota Kinabalu — Satu majlis telah diadakan pagi ini bagi menandatangani perjanjian tripartite antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), dan Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS). Perjanjian tripartite ini akan memudahcara peralihan pengurusan dan operasi Presint Perindustrian-Agro Sabah (SAIP) daripada SEDIA kepada SEDCO, dan menetapkan syarat-syarat sewa tanah dengan IDS sebagai pemilik tanah kawasan SAIP.

Selain perjanjian tripartite, majlis itu turut menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara SEDCO dengan CAIQ Biosecurity Sdn Bhd bagi mencorakkan SAIP dengan bisnes agrobiotek yang komersial. MoU itu adalah bagi Penubuhan Pusat Pemeriksaan dan Ujian Makanan mengikut Piawaian Antarabangsa di Sabah.

Melalui MOU ini, SEDCO akan melaksanakan kajian wajar bagi memastikan penubuhan pusat yang disebutkan dapat diimplementasikan dan dapat membantu produk-produk tempatan menembusi pasaran negara China.  Pusat Pemeriksaan dan Ujian Makanan ini akan dibangunkan di SAIP dan akan menjadi bisnes perintis untuk mengkomersialkan dan mentransformasikan SAIP menjadi entiti yang berdaya maju.

SAIP yang seluas 185 ekar telah dilancarkan melalui Koridor Pembangunan Sabah (SDC) pada 29 Januari 2008, dan dijangkakan sebagai pusat kecemerlangan dalam agro-bioteknologi dengan mengoptimumkan biodiversiti negeri dan sumber semula jadi yang banyak untuk menghasilkan produk makanan dan specialty natural products yang bernilai tambah berasaskan botani, tumbuhan akuatik dan haiwan. Presint ini — terletak di Batu 30, Jalan River Benoni Diversion, Kimanis — menempatkan kemudahan barisan pengeluaran bersepadu dan kemudahan makmal untuk membangunkan dan memproses produk asas tani, neutraseutikal dan biofarmaseutikal. Peringkat awal pembangunan SAIP juga menubuhkan Pusat Pentadbiran dan Inkubasi, Pusat Pengumpulan dan Pengendalian Lepas Tuai, Pusat Pengilangan Herba, dan rumah hijau Controlled Environment Farming (CEF). Dengan Fasa 4 pembangunan SAIP yang telah siap pada 2020, infrastruktur SAIP ditambah baik dengan Kemudahan Pembuatan Kosmetik dan Penjagaan Diri, 20 unit lot PKS, bangunan penyimpanan dan net houses untuk CEF. Usaha juga telah dibuat untuk mematuhi Amalan Pengilangan Baik (APB), Skim Pensijilan Makanan Selamat (MeSTI) dan pensijilan Halal.

SEDIA telah diberi peranan melalui SDC untuk membangunkan infrastruktur awal SAIP secara berperingkat, dan untuk SAIP selepas itu diserahkan kepada entiti kerajaan yang dikenal pasti untuk pengembangan dan pengkomersilan. Selepas rundingan dan perbincangan antara SEDIA, IDS, Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE), Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan serta penglibatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan beberapa GLC negeri, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk MIDE mengambil alih pengurusan SAIP melalui agensinya SEDCO, dengan matlamat ke arah pengkomersilan.

Oleh itu, Perjanjian Induk (HoA) telah ditandatangani antara SEDCO, SEDIA dan IDS pada 12 Mei 2022, untuk terus mengadakan perbincangan antara ketiga-tiga pihak bagi memastikan peralihan operasi dan aset SAIP berjalan lancar. Rundingan itu telah menghasilkan pemeteraian perjanjian tripartite, yang membolehkan SEDCO maju ke hadapan dan memastikan SAIP ditransformasi menjadi sebuah entitii komersial yang mandiri dan mampan.

Di bawah SEDIA, SAIP telah memainkan peranan penting dalam inisiatif pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di bawah SDC melalui program latihan Agro-SAIP, yang telah memanfaatkan 2,501 peserta dari seluruh Sabah melalui 41 kursus sepanjang tempoh 2012–2020. Program latihan Agro-SAIP, yang membantu PKS tempatan dalam meningkatkan kemahiran, kepakaran dan keupayaan mereka, diwujudkan dengan tujuan untuk memperkasakan usahawan tekno dalam industri asas tani, dengan memberi pendedahan dan pemindahan pengetahuan yang diperlukan, terutamanya mengenai pemprosesan agromakanan dan specialty natural products. Melalui program-program latihan itu, para peserta diberi akses kepada penceramah berpengalaman dan wakil industri dalam pelbagai sektor. Penceramah yang mahir dalam herba-farmasi, pertanian persekitaran terkawal, teknologi pengendalian lepas tuai, industri agro-organik dan agromakanan, perniagaan dan pemasaran melalui e-commerce, dan bio-sains dan bioteknologi telah dijemput untuk datang dan berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka bersama peserta.

Sementara itu, CAIQ Biosecurity merupakan saluran bagi memastikan produk-produk tempatan mematuhi piawaian antarabangsa yang dikuatkuasakan di pasaran China. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan perundingan, pemeriksaan dan ujian kebolehlaksanaan bagi produk-produk pertanian, makanan dan juga barangan kosmetik yang akan dieksport ke negara China. Syarikat ini juga bekerjasama dengan Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE) dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Similar Posts