‘RM3.8 billion approved by Federal Government through Sabah Development Corridor from Ninth until Twelfth Malaysia Plans’




Tuaran — YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, the Chief Minister cum Chairman of the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) stated that a total of RM3.8 billion in allocations had been approved by the Federal Government during the 15 years of SEDIA’s operations beginning 2009, through the Ninth until the Twelfth Malaysia Plans. Of this amount, RM3.1 billion has been disbursed and SEDIA has spent RM2.8 billion or 90 percent of the total allocation disbursed.
Datuk Seri Panglima Hajiji also informed that during this period, SEDIA has implemented over 1,275 various forms of major physical and non-physical infrastructure projects, small projects, high-impact projects, people-centric projects, poverty eradication projects, and human capital development programmes.
Among SEDIA’s recent milestones is the completion of the Sabah Border Economic Development Study which provides a comprehensive strategic plan to drive sustainable economic growth in the border area comprising the districts of Sipitang, Nabawan, Kalabakan and Tawau, which are strategically located close to North Kalimantan, Brunei and Sarawak. The study has identified nine high-potential economic sectors, including community-based tourism, fisheries and aquaculture, downstream palm oil industries, biochemicals, biofuels and cross-border trade, which are expected to increase Gross Value Added to existing resources by 330 per cent to RM1.6 billion and create 10,660 job opportunities by 2040.
To continue balanced regional development, SEDIA has submitted 14 project applications under the First Rolling Plan of the Thirteenth Malaysia Plan which will begin in 2026, consisting of four extension projects and 10 new projects with a total cost of RM702 million.
This statement by Datuk Seri Panglima Hajiji was delivered through his Amanat Kasih Ramadan speech during the Majlis Iftar Kasih Ramadan YAB Ketua Menteri Sabah bersama Pengerusi, Imam Masjid/Surau, Ketua Anak Negeri/Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua-ketua Kampung Daerah Tuaran bagi tahun 1446H/2025M organised by SEDIA at the Sabah Bajau Sama Cultural Centre, Kg. Lok Batik. This ceremony saw the YAB Chief Minister present Kasih Ramadan 1446H/2025M contributions to 38 mosques, 84 suraus, 95 mosque/surau chairmen, 85 mosque/surau imams, 19 native chiefs, 43 deputy native chiefs, and 230 village chiefs from the Tuaran district (Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli, and Kiulu). With this contribution, it is hoped that all recipients will be able to carry out beneficial activities throughout the month of Ramadan and prepare for the Hari Raya Aidilfitri celebration this year.
The event marks the third consecutive year that SEDIA has organised for the breaking of fast between the YAB Chief Minister together with the local Tuaran community, and is part of SEDIA’s corporate social responsibility (CSR) efforts to channelling assistance to the local community. It also serves as a platform for communication between SEDIA and various levels of society, especially with Chief Minister YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.
The objectives for this event are to:
- Increase public awareness of the various Government development agendas that have been and are being implemented, especially development initiatives in SDC;
- Provide a platform for exchanging opinions and sharing information among the community, in addition to strengthening unity and harmony among our multi-racial and multi-religious people;
- Provide a platform to convey information to local leaders at the village, mosque and surau levels, particularly regarding the Chief Minister’s mandate for the development of the State;
- Obtain feedback from local leaders on community suggestions and expectations for future state development initiatives; and
- Celebrating with the targeted communities in conjunction with the occasion of Ramadhan 1446H/2025M.
In line with the theme of the SDC Blueprint 2.0 (2021–2030) which is Sustainable Growth with Social Inclusion and Equity, the Malaysia MADANI concept and the Sabah Maju Jaya Roadmap, SEDIA is committed towards ensuring corridor development initiatives in Sabah are not solely focused on physical development, but are also balanced with community and holistic development in alignment with the Sustainable Development Goals agenda.
Under the leadership of YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, SEDIA remains confident that efforts to develop Sabah through Sabah Maju Jaya and MADANI Malaysia will achieve its targets and objectives. It is hoped that this event will further strengthen ties among Muslims and bring great benefits to communities in need, as well as further enhance Ramadhan programmes for the benefit of the residents of Tuaran.
‘Kerajaan Persekutuan meluluskan RM3.8 bilion di bawah Koridor Pembangunan Sabah sepanjang tempoh RMK-9 hingga RMK-12’




Tuaran — YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, selaku Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) telah mengumumkan bahawa sebanyak RM3.8 bilion peruntukan telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh 15 tahun SEDIA beroperasi bermula tahun 2009 melalui Rancangan Malaysia Ke-9 sehingga Rancangan Malaysia Ke-12. Daripada jumlah ini, sebanyak RM3.1 bilion telah disalurkan dan SEDIA telah membelanjakan sebanyak RM2.8 billion atau 90 peratus daripada jumlah peruntukan disalurkan.
Datuk Seri Panglima Hajiji juga berkata bahawa sepanjang tempoh tersebut, SEDIA telah melaksanakan lebih 1,275 pelbagai jenis projek utama infrastruktur fizikal dan bukan fizikal, projek-projek kecil, projek berimpak tinggi, projek people-centric, projek pembasmian kemiskinan, dan program pembangunan modal insan.
Antara pencapaian terkini SEDIA termasuklah menyiapkan kajian Pembangunan Ekonomi Kawasan Sempadan Sabah yang menyediakan satu pelan strategik komprehensif untuk memacu pertumbuhan ekonomi mampan di kawasan sempadan yang merangkumi daerah Sipitang, Nabawan, Kalabakan dan Tawau, iaitu kawasan-kawasan yang strategik berhampiran dengan Kalimantan utara, Brunei dan Sarawak. Kajian ini telah mengenal pasti sembilan sektor ekonomi berpotensi tinggi, termasuk pelancongan berasaskan komuniti, perikanan dan akuakultur, industri hiliran minyak sawit, biokimia, biofuel dan perdagangan rentas sempadan yang dijangka meningkatkan Nilai Tambah Kasar (Gross Value Added) kepada sumber-sumber yang ada sebanyak 330 peratus kepada RM1.6 billion dan bakal mencipta 10,660 peluang pekerjaan menjelang tahun 2040.
Bagi meneruskan pembangunan wilayah yang seimbang, SEDIA telah mengemukakan sebanyak 14 permohonan projek yang terdiri daripada empat projek sambungan dan 10 projek baharu, dengan jumlah kos bernilai RM702 juta di bawah Rolling Plan Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 yang akan bermula pada tahun 2026.
Kenyataan oleh Datuk Seri Panglima Hajiji ini telah disampaikan melalui ucapan Amanat Kasih Ramadan semasa Majlis Iftar Kasih Ramadan YAB Ketua Menteri Sabah bersama Pengerusi, Imam Masjid/Surau, Ketua Anak Negeri/Wakil Ketua Anak Negeri dan Ketua-ketua Kampung Daerah Tuaran bagi tahun 1446H/2025M anjuran SEDIA di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, Kg. Lok Batik. Majlis ini menyaksikan YAB Ketua Menteri menyampaikan Sumbangan Kasih Ramadan 1446H/2025M kepada 38 buah masjid, 84 buah surau, 95 orang pengerusi masjid/surau, 85 orang imam masjid/surau, 19 orang ketua anak negeri, 43 orang wakil ketua anak negeri, dan 230 orang Ketua Kampung daerah Tuaran (Sulaman, Pantai Dalit, Tamparuli, dan Kiulu). Dengan sumbangan ini, semua penerima diharap dapat menjalankan aktiviti bermanfaat sepanjang bulan Ramadan dan membuat persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Majlis tersebut merupakan tahun ketiga program berbuka puasa Yang Amat Berhormat (YAB) Ketua Menteri Sabah bersama masyarakat telah dianjurkan oleh pihak SEDIA, dan merupakan sebahagian daripada inisiatif SEDIA dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui saluran bantuan kepada komuniti tempatan. Ia juga merupakan platform penghubung antara pihak SEDIA dengan pelbagai peringkat Masyarakat, terutamanya Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.
Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk:
- Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pelbagai agenda pembangunan Kerajaan yang telah dan sedang dilaksanakan, terutamanya inisiatif-inisiatif dalam Pembangunan SDC;
- Menyediakan platform bertukar-tukar pendapat dan perkongsian maklumat dalam kalangan masyarakat, di samping memperkukuh kesatuan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama;
- Menyediakan platform menyampaikan maklumat, iaitu amanat YAB Ketua Menteri Sabah berkaitan hala tuju pembangunan Negeri kepada para pemimpin tempatan di peringkat kampung, masjid dan surau;
- Mendapatkan maklum balas pemimpin tempatan mengenai cadangan dan harapan masyarakat untuk inisiatif pembangunan negeri pada masa hadapan; dan
- Meraikan kategori masyarakat sasar sempena bulan Ramadan bagi tahun 1446H/2025M.
Bertepatan dengan tema Rangka Tindakan SDC 2.0 (2021–2030), iaitu Pertumbuhan Mampan dengan Inklusiviti Sosial dan Ekuiti, konsep Malaysia MADANI dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, pihak SEDIA sentiasa komited dan memastikan inisiatif pembangunan koridor di Sabah tidak semata-mata tertumpu kepada pembangunan fizikal, malah diseimbangkan dengan pembangunan masyarakat dan kerohanian yang bertepatan dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan.
Dengan kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, pihak SEDIA amat yakin bahawa usaha membangunkan negeri yang berteraskan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dan Malaysia MADANI akan mencapai sasaran dan objektifnya. Semoga majlis ini dapat mempererat ikatan di kalangan umat Islam dan dapat membawa manfaat yang besar kepada masyarakat yang memerlukannya, serta dapat mengimarahkan lagi program-program bulan Ramadan bagi manfaat penduduk daerah Tuaran.