“Chief Minister Contributes to Financial Wellbeing of Tuaran Mosques and Surau”
Tuaran — In conjunction with the Ramadhan and Raya season, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, the Chief Minister cum Chairman of the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) presented financial aid as funds for respective mosques and surau of Tuaran district.
The financial aid was given to the representatives of 37 mosques and 55 surau during the Majlis Semarak Kasih Ramadan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah bersama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau Daerah Tuaran event organised by SEDIA. The event was held this evening at the Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, Kg. Lok Batik.
Mosques and surau are sacred places that play an important role for Muslims; in addition to serving as a place of worship, the mosque also acts as a centre for connecting with the local communities, providing religious education, and a place for sharing knowledge and experience among Muslims.
The event is one of SEDIA’s efforts to carry out its corporate social responsibilities (CSR) by channelling aid to the local communities. The goal is to foster a culture of helping each other, and encourage locals to participate in social activities such as supporting worship, education and social relations for the Muslim community. It is also in line with the value of Ihsan (care and compassion through the act of humanitarian empowerment) of the Federal Government’s Malaysia Madani policy framework.
With the theme ‘Tradisi Menyantuni Rakyat’, this event aims to further strengthen the good relationship between the State’s highest leadership and the local community. This is also an opportunity for SEDIA officers to strengthen cooperation with state leaders and the local community.
Additionally, by exercising initiatives that involve the local communities, SEDIA has the opportunity to increase public awareness of its role as the implementing agency for the Sabah Development Corridor (SDC).
It is hoped that this event can strengthen the bond amongst Muslims and bring benefits to those in Tuaran that need support, as well as be able to increase programmes during Ramadhan for the benefit of the people of Tuaran.
“Ketua Menteri Santuni Masyarakat Masjid dan Surau Daerah Tuaran”
Tuaran — Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, selaku Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) telah menyampaikan sumbangan Ramadan dan Raya Aidilfitri 2024M 1445H untuk tabung masjid dan surau daerah Tuaran.
Sumbangan ini telah diberi semasa acara Majlis Semarak Kasih Ramadan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah bersama Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau Daerah Tuaran anjuran SEDIA di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama Sabah, Kg. Lok Batik. Sebanyak 37 masjid dan 55 surau telah menerima sumbangan tunai.
Masjid dan surau adalah tempat-tempat suci yang memainkan peranan penting dalam kehidupan umat Islam. Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, masjid juga berperanan menyatukan komuniti-komuniti tempatan, memberi pendidikan agama, dan tempat berkongsi ilmu dan pengalaman di antara umat Islam.
Acara ini merupakan sebahagian daripada inisiatif SEDIA dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melalui saluran bantuan kepada komuniti tempatan. Sasaran adalah untuk memupuk budaya tolong-menolong dan menggalakkan masyarakat setempat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial seperti menyokong ibadah, pendidikan, dan hubungan sosial dalam komuniti Muslim. Ini juga selaras dengan nilai Ihsan (Belas ihsan akan nasib semua pihak melalui tindakan pemberdayaan kemanusiaan) daripada rangka kerja dasar kerajaan, Malaysia Madani.
Dengan tema ‘Tradisi Menyantuni Rakyat’, majlis ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan baik di antara pimpinan tertinggi Negeri dengan masyarakat setempat. Ini juga merupakan peluang bagi pegawai-pegawai SEDIA untuk memperkukuh jalinan kerjasama bersama pimpinan tertinggi Negeri dan masyarakat setempat.
Di samping itu, penganjuran inisiatif-inisiatif yang melibatkan masyarakat setempat memberi peluang bagi SEDIA untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap peranan SEDIA sebagai agensi peneraju program Koridor Pembangunan Sabah (SDC).
Semoga acara ini dapat mempererat ikatan di kalangan umat Islam dan dapat membawa manfaat yang besar kepada masyarakat yang memerlukannya, serta dapat mengimarahkan lagi program-program bulan Ramadan bagi manfaat penduduk daerah Tuaran.