‘Breaking Fast Ceremony with the Chief Minister and Federal and State Heads of Departments in Sabah to Strengthen Strategic Cooperation for the Wellbeing of the People’

Capturing the moment: YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor (Sabah Chief Minister cum SEDIA Chairman), YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam (Sabah Deputy Chief Minister I cum State Minister of Works and Utilities), YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong (Sabah State Secretary), YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab (Sabah Federal Secretary), and YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim Paijan (SEDIA Chief Executive) with the 16 recipients from registered tahfiz and Islamic studies centres around Kota Kinabalu

Kota Kinabalu — Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, who is also the Chairman of the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), tonight held the ‘Majlis Sungkai Kurung-Kurung bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di Sabah’ at the Sabah State Administration Centre.

In conjunction with the event organised by SEDIA, the Chief Minister also presented Kasih Ramadan contributions to sixteen registered tahfiz and Islamic studies centres based in Kota Kinabalu as a sign of continued commitment to the social welfare and inclusivity agenda.

The objectives for organising this event are to:

  • Strengthen strategic cooperation between the Heads of State and Federal Departments in Sabah; and
  • Foster values ​​of unity and harmony, in line with the principles of community well-being and harmony in Sabah.

This ceremony as a whole goes beyond mere symbolism, instead expresses a whole-of-government approach in supporting those in need, mainstreaming the dimension of humanitarianism in development, in line with the spirit of Ramadan which encourages sensitivity to the needs of the community.

The month of Ramadan is not just a time of worship, but also a space for leadership reflection and strengthening values. It is a reminder to civil servants of the meaning of trust, integrity and kindness in shouldering responsibilities. The presence of senior leaders from the State and Federal public administration this evening reflects a united commitment in strengthening governance and improving the effectiveness of service delivery to the people of Sabah. The ceremony held this evening is not just a platform for togetherness before breaking fast, but a field for strengthening leadership synergy between State and Federal Departments. This synergy is the main prerequisite for the success of Sabah’s development agenda, that is increased sustainability, inclusivity and competitiveness.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji in his address stressed that “civil servants are the backbone of the government’s ability to translate policies into results. The efficiency of the administrative machinery, the transparency of work processes and commitment to service excellence are determining factors in the level of confidence of the people towards the government”.

In an effort to strengthen the state’s investment ecosystem, the Chief Minister also emphasised on the role of SEDIA as a strategic facilitator in coordinating planning, a driver of investment promotion, and a liaison between the State Government, Federal agencies and the private sector.

Within the development framework of the Sabah Development Corridor (SDC), several high-impact physical projects have been and are being implemented by SEDIA to improve the economic competitiveness and quality of Sabah’s infrastructure, as follows:

  1. Expansion of the Sapangar Bay Container Port;
  2. Kota Kinabalu City Beautification Package 3 — Physical Upgrading of the Atkinson Clock Tower and Australian Place;
  3. Pedestrian Walkway and Cycleway from Tanjung Aru to Universiti Malaysia Sabah — (Parcel 4) Construction of Bridge;
  4. The Sabah Border Development Project — Upgrading of Access Road to the Proposed ICQS Site in Serudong, Kalabakan; and
  5. Upgrading of the Industrial Link Road from FEZ KKIP to Sapangar Bay Container Port.

In addition, several strategic research projects have been completed to support more balanced and targeted regional development planning, including:

  1. Study of Economic Masterplan and Business Plan for POIC Sandakan;
  2. Study of Masterplan and Business Plan for a Free Economic Zone, Logistics Hub and Cold Storage Depot at POIC Lahad Datu;
  3. Sabah Border Economic Development Study; and
  4. Masterplan Study for a Food Valley in the Interior of Sabah.

All of these study findings provide a stronger planning foundation to drive inclusive and sustainable regional economic growth.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji also stated that the State Government remains committed to ensuring that the development agenda is implemented in a balanced and inclusive manner across the entire Sabah region. Development cannot be concentrated in urban centres alone, but must encompass rural and interior areas so that no community is left out of the flow of progress.

In fact, SEDIA’s capabilities have also been strengthened through financial governance with integrity, as evidenced by the award of the Auditor-General’s Certificate without Reprimand for SEDIA’s audited financial statements for 16 years since its establishment.

In line with the theme of the SDC Blueprint 2.0 (2021–2030), namely Sustainable Growth with Equity and Social Inclusion, the Malaysia MADANI concept and the Sabah Maju Jaya roadmap, SEDIA is always committed to ensuring that corridor development initiatives in Sabah are not solely focused on physical development, but are also balanced with community and spiritual development that aligns with the Sustainable Development Goals agenda.

With the leadership of YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, SEDIA is confident that efforts to develop the state based on Hala Tuju Sabah Maju Jaya and Malaysia MADANI will achieve its targets and objectives. It is hoped that this event can strengthen ties among Muslims and multiracial communities for the progress of the people and the state of Sabah.


Majlis Sungkai Kurung-Kurung YAB Ketua Menteri bersama Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di Sabah Memperkukuhkan Kerjasama Strategik demi Kesejahteraan Rakyat

Gambar kenangan: YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor (Ketua Menteri merangkap Pengerusi SEDIA), YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam (Timbalan Ketua Menteri Sabah I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti), YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong (Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah), YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab (Setiausaha Persekutuan Sabah), dan YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim Paijan (Ketua Eksekutif SEDIA) bersama 16 penerima pusat tahfiz dan pengajian Islam yang berdaftar di sekitar Kota Kinabalu

Kota Kinabalu — YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, selaku Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) telah mengadakan majlis ‘Sungkai Kurung-Kurung bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di Sabah’ pada malam ini di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Sempena majlis anjuran pihak SEDIA ini, YAB Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan Kasih Ramadan kepada enam belas pusat tahfiz dan pengajian Islam yang berdaftar di sekitar Kota Kinabalu telah disampaikan sebagai manifestasi komitmen berterusan terhadap agenda kebajikan sosial dan keterangkuman.

Objektif penganjuran majlis ini adalah untuk:

  • Mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Sabah; dan
  • Memupuk nilai-nilai perpaduan dan keharmonian selaras dengan prinsip kesejahteraan dan keharmonian masyarakat di Sabah.

Secara keseluruhan, majlis ini melangkaui simbolik semata-mata, sebaliknya menzahirkan pendekatan whole-of-government dalam menyantuni golongan memerlukan, mengarusperdanakan dimensi kemanusiaan dalam pembangunan, selari dengan semangat Ramadan yang menuntut kepekaan terhadap keperluan komuniti.

Bulan Ramadan bukan sekadar medan ibadah, malah merupakan ruang refleksi kepimpinan dan pengukuhan nilai. Ia mengingatkan para penjawat awam tentang makna amanah, integriti dan ihsan dalam memikul tanggungjawab. Kehadiran para pemimpin kanan perkhidmatan awam Negeri dan Persekutuan pada petang ini mencerminkan kesatuan komitmen dalam memperkukuh tadbir urus serta mempertingkat keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat Sabah. Majlis yang diadakan pada petang ini bukan sekadar platform kebersamaan menjelang waktu berbuka, tetapi medan pengukuhan sinergi kepimpinan antara Jabatan Negeri  dan Persekutuan. Sinergi inilah yang menjadi prasyarat utama kepada keberhasilan agenda pembangunan Sabah yang lebih mampan, inklusif dan berdaya saing.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji dalam amanat beliau menegaskan bahawa “penjawat awam merupakan tulang belakang kepada keupayaan kerajaan untuk menterjemahkan dasar kepada hasil. Kecekapan jentera pentadbiran, ketelusan proses kerja dan komitmen terhadap kecemerlangan perkhidmatan merupakan faktor penentu kepada tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan”.

Dalam usaha memperkukuh ekosistem pelaburan negeri,  YAB Ketua Menteri juga turut menekankan peranan SEDIA sebagai pemudah cara strategik dalam penyelarasan perancangan, pemacu promosi pelaburan serta penghubung antara Kerajaan Negeri, agensi Persekutuan dan sektor swasta.

Dalam kerangka pembangunan Koridor Pembangunan Sabah (SDC), beberapa projek fizikal berimpak tinggi telah dan sedang dilaksanakan oleh SEDIA bagi meningkatkan daya saing ekonomi dan kualiti infrastruktur negeri Sabah, seperti berikut:

  1. Pembesaran Pelabuhan Kontena Teluk Sapanggar;
  2. Projek mencantikkan Bandaraya Kota Kinabalu Pakej 3 melibatkan penaiktarafan fizikal Menara Jam Atkinson dan Australian Place;
  3. Pembangunan laluan pejalan kaki dan laluan basikal dari Tanjung Aru ke Universiti Malaysia Sabah (Parcel 4) termasuk pembinaan jambatan;
  4. Projek Sempadan Sabah melibatkan penaiktarafan jalan akses ke tapak ICQS yang dicadangkan di Serudong, Kalabakan; dan
  5. Projek Penaiktarafan Jalan Perhubungan Industri FEZ KKIP–Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar, Sabah.

Tambahan daripada itu, beberapa projek kajian strategik telah disiapkan bagi menyokong perancangan pembangunan wilayah yang lebih seimbang dan bersasar, antaranya: 

  1. Kajian Pelan Induk Ekonomi dan Pelan Perniagaan bagi POIC Sandakan;
  2. Kajian Pelan Induk dan Pelan Perniagaan bagi Zon Ekonomi Bebas, Hab Logistik dan Depoh Penyimpanan Sejuk di POIC Lahad Datu;
  3. Kajian Pembangunan Ekonomi Sempadan Sabah; dan
  4. Kajian Pelan Induk bagi Food Valley di kawasan pedalaman Sabah. Kesemua dapatan kajian ini menyediakan asas perancangan yang lebih kukuh untuk memacu pertumbuhan ekonomi wilayah secara inklusif dan mampan.

Kesemua dapatan kajian ini menyediakan asas perancangan yang lebih kukuh untuk memacu pertumbuhan ekonomi wilayah secara inklusif dan mampan.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji turut menyatakan bahawa kerajaan negeri kekal komited untuk memastikan agenda pembangunan dilaksanakan secara seimbang dan inklusif merentas seluruh wilayah Sabah. Pembangunan tidak boleh tertumpu di pusat-pusat bandar semata-mata, sebaliknya perlu merangkumi kawasan luar bandar dan pedalaman agar tiada komuniti yang tercicir daripada arus kemajuan.

Malahan, keupayaan SEDIA turut diperkukuh melalui tadbir urus kewangan yang berintegriti, sebagaimana dibuktikan dengan penganugerahan Sijil Bersih Tanpa Teguran bagi penyata kewangan beraudit SEDIA selama 16 sejak penubuhannya.

Bertepatan dengan tema Rangka Tindakan SDC 2.0 (2021–2030), iaitu Pertumbuhan Mampan dengan Inklusiviti Sosial dan Ekuiti, konsep Malaysia MADANI dan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, pihak SEDIA sentiasa komited dan memastikan inisiatif pembangunan koridor di Sabah tidak semata-mata tertumpu kepada pembangunan fizikal, malah diseimbangkan dengan pembangunan masyarakat dan kerohanian yang bertepatan dengan agenda Matlamat Pembangunan Mampan.

Dengan kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, pihak SEDIA amat yakin bahawa usaha membangunkan negeri yang berteraskan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dan Malaysia MADANI akan mencapai sasaran dan objektifnya. Semoga majlis ini dapat mempererat ikatan di kalangan umat Islam dan dapat membawa manfaat yang besar kepada masyarakat yang memerlukannya.

Similar Posts