SEDIA Offers Entrepreneurship Opportunities to College Graduates through Bizrider Mobile Mechanic Programme
Kota Kinabalu — The Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), through a strategic collaboration with the Department of Polytechnic Education and Community Colleges (PolyCC), has introduced the Bizrider Mobile Mechanic programme which will open Startup opportunities to PolyCC graduates and alumni through venturing into entrepreneurship activities based on skills acquired through education.
The objective of this programme is to encourage PolyCC graduates to carry out high-impact entrepreneurial activities, as well as realise a collaborative network of workshops centred on the programme participants. With this programme, participants play a role in expanding access to vehicle repair services in Sabah.
In conjunction with the launch of the Bizrider Mobile Mechanic programme, a handover ceremony was held this morning and officiated by Sabah Chief Minister YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, for the provision of motorcycles to assist programme participants. The ceremony was also followed by the handover of Certificate of Collaboration (COC) between SEDIA and PolyCC Zon Sabah which was represented by Kota Kinabalu Polytechnic and Tambunan Community College.
The handover of COC represents an effort to build a network of relationships and collaboration with SEDIA for student activities, as well as further strengthen PolyCC Zon Sabah’s collaboration with SEDIA by working together in exhibitions, open interviews and career talks.
The involved PolyCC Zon Sabah groups consisted of:
- Politeknik Kota Kinabalu
- Politeknik Sandakan
- Politeknik Tawau
- Kolej Komuniti Tambunan
- Kolej Komuniti Tawau
- Kolej Komuniti Semporna
- Kolej Komuniti Lahad Datu
- Kolej Komuniti Sandakan
- Kolej Komuniti Penampang
As the implementing agency for the Sabah Development Corridor (SDC), all programmes and initiatives carried out by SEDIA are guided by the SDC Blueprint 2.0 (2021–2030) which carries the theme “Sustainable Growth with Equity and Social Inclusion”.
The Bizrider Mobile Mechanic programme is in line with the Third Strategic Thrust (Transforming Human Capital) of five strategic thrusts (STs) in SDC Blueprint 2.0. The blueprint is a transformative plan with high aspirations formulated to stimulate economic growth while ensuring inclusiveness and sustainability, and sets a target of creating 70,000 additional jobs for Sabahans through SDC by the year 2030.
Five STs are prioritised through the blueprint due to their disproportionate impact on Sabah’s overall socio-economic development, which are:
- Restructuring the Business and Industry Ecosystem;
- Spurring Key Economic Growth Areas;
- Transforming Human Capital;
- Improving Regional Inclusion; and
- Enhancing Environmental Sustainability.
Bizrider Mobile Mechanic is one such programme that drives the initiatives laid out under ST3, which are:
- “Workforce of the Future” — Capacity of the current workforce is built through on-the-job training or reskilling/upskilling the unemployed and underemployed;
- “Workforce Expansion” — Increased participation of at-risk youth, women, people with disabilities and other vulnerable communities; and
- “Career and Talent Sabah” — Capture and report labour market information, connects employers and worker
To this end, SEDIA expresses its deepest appreciation and thanks to PolyCC, its strategic partner in realising the Bizrider Mobile Mechanic programme that provides job opportunities for the youth in Sabah.
Program Bizrider Mobile Mechanic Tawaran SEDIA Membuka Peluang Keusahawanan bagi Pelajar Lepasan Kolej
Kota Kinabalu — Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) melalui kerjasama strategik bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) memperkenalkan program Bizrider Mobile Mechanic, untuk memberi peluang Startup kepada lepasan dan alumni PolyCC dengan menceburi bidang perniagaan berdasarkan kemahiran yang telah diperolehi semasa pengajian.
Objektif program ini adalah untuk menggalakkan alumni PolyCC menjalankan aktiviti keusahawanan berimpak tinggi, serta merealisasikan jaringan kolaborasi bengkel-bengkel sekitar radius penawaran peserta program. Dengan adanya program ini, peserta memainkan peranan dalam melebarkan akses kepada perkhidmatan pembaikan kenderaan di Sabah.
Satu majlis Penyerahan Bantuan Motosikal sempena pelancaran program Bizrider Mobile Mechanic telah diadakan pagi ini dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, yang juga diserikan dengan sesi Penyerahan Certificate of Collaboration (COC) antara SEDIA dan PolyCC zon Sabah yang diwakili Politeknik Kota Kinabalu dan Kolej Komuniti Tambunan.
Penyerahan COC merupakan usaha membina rangkaian hubungan dan kolaborasi bersama pihak SEDIA bagi aktiviti pelajar, serta mengukuhkan lagi kolaborasi PolyCC zon Sabah dengan SEDIA melalui kerjasama dalam pameran, temuduga terbuka dan ceramah kerjaya.
Pihak PolyCC zon Sabah yang terlibat dalam COC terdiri daripada:
- Politeknik Kota Kinabalu
- Politeknik Sandakan
- Politeknik Tawau
- Kolej Komuniti Tambunan
- Kolej Komuniti Tawau
- Kolej Komuniti Semporna
- Kolej Komuniti Lahad Datu
- Kolej Komuniti Sandakan
- Kolej Komuniti Penampang
Sebagai agensi pelaksana bagi Koridor Pembangunan Sabah (SDC), semua program dan inisiatif yang dijalankan oleh SEDIA adalah berpandukan Rangka Tindakan SDC 2.0 (2021–2030) yang membawa tema “Pertumbuhan Mampan dengan Ekuiti dan Rangkuman Sosial”.
Penganjuran program Bizrider Mobile Mechanic adalah selaras dengan Teras Strategik Ketiga (Transformasi Modal Insan) yang merupakan satu dari lima Teras Strategik (ST) dalam Rangka Tindakan SDC 2.0. Rangka tindakan ini adalah satu pelan strategik beraspirasi tinggi, yang dirangka untuk merangsang pertumbuhan ekonomi sambil memastikan keterangkuman dan kemampaman, serta menetapkan sasaran mewujudkan 70,000 pekerjaan baharu melalui SDC untuk rakyat Sabah menjelang tahun 2030.
Lima ST diutamakan untuk Rangka Tindakan SDC 2.0 memandangkan impak ketidakseimbangannya terhadap keseluruhan pembangunan sosioekonomi Sabah, iaitu:
- Penyusunan Semula Ekosistem Perniagaan dan Industri;
- Memacu Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama;
- Transformasi Modal Insan;
- Memperluaskan Keterangkuman Wilayah; dan
- Mempertingkatkan Kelestarian Alam Sekitar.
Bizrider Mobile Mechanic merupakan salah satu program sedemikian yang memacu inisiatif-inisiatif yang disenaraikan di bawah ST3, iaitu:
- Tenaga Kerja Masa Hadapan — Membangunkan keupayaan tenaga kerja semasa melalui latihan di tempat kerja; mengasah dan mempertingkat kemahiran penganggur dan yang tidak bekerja sepenuhnya;
- Perluasan Tenaga Kerja — Meningkatkan penyertaan golongan belia yang berisiko, wanita, orang kelainan upaya dan komuniti lain yang rentan; dan
- Kerjaya dan Bakat Sabah — Mengumpul dan melaporkan maklumat pasaran buruh, menghubungkan majikan dan pekerja, dan mempromosikan peluang kerja/latihan.
Justeru, pihak SEDIA merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan kerjasama strategik program Bizrider Mobile Mechanic yang menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan belia Sabah.