“Through SEDIA-PINTAR, 10 Sabah Researchers Continue to Commercialise Local Research and Development of Technology and Innovation”
Kota Kinabalu — The Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) held an offer letter handover ceremony this morning, confirming ten successful candidates that will proceed on to the second and third phases of “SEDIA: Programme for Innovation and Technology Accelerator” (SEDIA-PINTAR).
SEDIA-PINTAR is a programme developed by SEDIA through collaboration with the Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) to assist, guide, facilitate, advise, and hand-hold innovators and researchers in Sabah to commercialise and bring their innovations and research results to the market. The assistance provided through this programme include access to financing, mentoring and guidance, training, market access, and other advisory services on business, finance, marketing, branding and positioning.
The successful candidates that will proceed with SEDIA-PINTAR comprise of researchers and innovators from Sabah-based universities as well as research-based government agencies. They had previously undergone the first phase of SEDIA-PINTAR along with many other applicants, which was a commercialisation workshop held in August 2024. The successful research projects comprise of varied fields of study, such as sustainable technologies and practices, cultural preservation, medical innovation, technological development, as well as health and safety.
During the first phase of this programme, the participants involved were briefed on MTDC, SEDIA-PINTAR as well as Technology Commercialisation Funding Opportunities as well as Methods and Techniques in Pitching Delivery which were delivered by officers from MTDC. In addition, Training Previews and Programme Activities including Innovation Readiness assessment, Value Proposition and Business Model were conducted.
The next phase of the programme will focus on Market and Technology Validation, whereby the candidates and their teams will undergo a Needs Analysis to identify gaps and challenges in their commercialisation activities. The programme will then conclude with Product and Market Testing, which will focus on bringing innovation to market. The entire programme is expected to take place over a period of six months.
In developing SEDIA-PINTAR, SEDIA and MTDC had recognised that the effective commercialisation of technology requires innovators and researchers to be able to develop and implement appropriate strategies, such as leveraging existing technology and digital platforms, investing in research and development, and using insights from databases to make informed decisions. The innovators and researchers must also identify potential markets, and develop innovative products and services to meet customer demands and needs.
By investing in innovation, Sabah can develop the capacity and capability to move up the value chain and become more competitive in the global market.
The objectives for SEDIA-PINTAR are to:
- increase awareness of technology commercialisation among researchers and innovators;
- develop general objectives for technology commercialisation;
- develop a clear direction and path for new innovations;
- create more entrepreneurs among researchers;
- create a market for technology-based products/services; and
- provide access to financing opportunities.
Since June 2024, SEDIA has placed much effort towards promoting SEDIA-PINTAR to local innovators and researchers through several activities such as the SEDIA-PINTAR Roundtable Session, MTDC’s Road2Growth (R2G) Sabah, and the SEDIA-PINTAR workshop. In ensuring the programme’s success, MTDC too has worked closely with other government agencies, industries, financial institutions, solution providers, and relevant subject matter experts. MTDC also maintains and disburses the latest relevant information, policies and regulations.
SEDIA and MTDC contend that commercialisation and entrepreneurship are important, as they are the engines of economic growth. The results of these activities are job creation, an increase in the skilled workforce, improved living standards, stimulus in economic diversification, and the creation of a vibrant business environment. Innovation also helps create new products and services that can have a positive impact on the economy and society. Innovation can also build competitive advantages in local and international markets.
The partnership with MTDC is SEDIA’s initiative to respond to the call by Chief Minister YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor during a SEDIA Members of Authority Meeting, wherein YAB Datuk Seri Chief Minister hopes for study and research centres in Sabah to play a growing role in developing knowledge and encouraging innovation.
SEDIA-PINTAR is also one of the efforts to drive several initiatives listed in the SDC 2.0 Blueprint, including:
- Initiative #4: Knowledge Hubs — Pilot, develop and commercialise application of technologies in collaboration with universities, research institutions and industry players in forestry, marine science/ aquaculture, and biomass/circular economy; and
- Initiative #23: Career and Talent Sabah — Capture and report labour market information, connect employers and workers and promote work/training opportunities.
“Melalui SEDIA-PINTAR, 10 Penyelidik Sabah Meneruskan Pengkomersilan Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi dan Inovasi Tempatan”
Kota Kinabalu — Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) telah mengadakan majlis penyerahan surat tawaran pagi ini, turut mengesahkan sepuluh calon yang berjaya meneruskan ke fasa kedua dan ketiga untuk SEDIA: Programme for Innovation and Technology Accelerator (SEDIA-PINTAR).
SEDIA-PINTAR merupakan program yang khususnya dibangunkan untuk membantu, membimbing, memudahcara, menasihat dan hand-hold innovators dan penyelidik di Sabah untuk mengkomersialkan dan membawa inovasi dan hasil penyelidikan mereka ke pasaran. Bantuan yang diberikan termasuk akses kepada pembiayaan, mentor dan bimbingan, latihan, akses pasaran dan khidmat nasihat lain mengenai perniagaan, kewangan, pemasaran, penjenamaan dan posisi.
Calon-calon yang menerima surat tawaran untuk meneruskan dengan SEDIA-PINTAR adalah terdiri daripada penyelidik dan innovator daripada universiti tempatan serta agensi kerajaan berasaskan penyelidikan. Bersama-sama ramai pemohon lain, calon-calon yang berjaya sudah menjalani fasa pertama SEDIA-PINTAR iaitu bengkel pengkomersilan yang diadakan pada Ogos 2024. Projek penyelidikan yang berjaya terdiri daripada pelbagai bidang pengajian, seperti teknologi dan amalan lestari/mampan, pemeliharaan budaya, inovasi perubatan, pembangunan teknologi, serta kesihatan dan keselamatan.
Fasa pertama yang dijalankan sebelum ini telah memberi para peserta pendedahan mengenai MTDC, SEDIA-PINTARdan juga Peluang Pembiayaan Pengkomersialan Teknologi serta Kaedah dan Teknik dalam Penyampaian Pitching melalui taklimat oleh pegawai-pegawai daripada MTDC. Di samping itu, Previu Latihan dan Aktiviti Program termasuklah Innovation Readiness assessment, Value Proposition dan Business Model turut dijalankan semasa fasa tersebut.
Fasa seterusnya bagi program ini akan memberi tumpuan kepada Pengesahan Pasaran dan Teknologi, di mana calon dan pasukan mereka akan menjalani Analisis Keperluan untuk mengenal pasti jurang dan cabaran dalam aktiviti pengkomersilan mereka. Program ini kemudiannya akan diakhiri dengan Ujian Produk dan Pasaran, yang akan memfokuskan untuk membawa inovasi ke pasaran. Keseluruhan program ini dijangka berlangsung dalam tempoh enam bulan.
Dalam membangunkan SEDIA-PINTAR, SEDIA dan MTDC sedar bahawa pengkomersilan teknologi secara berkesan memerlukan innovator dan penyelidik yang berupaya membangun dan melaksanakan strategi yang sesuai, seperti memanfaatkan teknologi sedia ada dan platform digital, melabur dalam penyelidikan dan pembangunan, dan menggunakan pemahaman daripada pangkalan data untuk membuat keputusan yang termaklum. Inovator dan penyelidik juga perlu mengenal pasti pasaran yang berpotensi, dan membangunkan produk dan perkhidmatan yang inovatif untuk memenuhi permintaan dan keperluan pelanggan.
Dengan melabur dalam inovasi, Sabah boleh membangunkan kapasiti dan keupayaan untuk meningkatkan rantaian nilai dan menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran global.
Matlamat bagi SEDIA-PINTAR adalah untuk:
- Meningkatkan kesedaran tentang pengkomersilan teknologi dalam kalangan penyelidik dan innovator;
- Membangunkan objektif umum pengkomersilan teknologi;
- Membangunkan hala tuju dan laluan yang jelas pada inovasi baharu;
- Mewujudkan lebih ramai usahawan dalam kalangan penyelidik;
- Mewujudkan pasaran untuk produk/perkhidmatan berasaskan teknologi; dan
- Mewujudkan peluang akses kepada pembiayaan.
Semenjak bulan Jun 2024, SEDIA telah banyak berusaha mempromosikan SEDIA-PINTAR kepada golongan innovator dan penyelidik tempatan melalui beberapa aktiviti seperti Sesi Meja Bulat SEDIA-PINTAR, Road2Growth (R2G) anjuran MTDC Sabah, dan bengkel SEDIA-PINTAR. Dalam memastikan kejayaan program, MTDC juga bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan, industri, institusi kewangan, solution providers, dan pakar subjek yang berkaitan. MTDC juga memaklumkan dan menyimpan maklumat, dasar dan peraturan yang terkini.
SEDIA dan MTDC mewajarkan bahawa pengkomersilan dan keusahawanan adalah penting, kerana ia adalah enjin pertumbuhan ekonomi. Hasil daripada aktiviti-aktivi ini ialah penciptaan pekerjaan, peningkatan dalam tenaga kerja mahir, peningkatan taraf hidup, rangsangan dalam kepelbagaian ekonomi, dan penciptaan persekitaran perniagaan yang bersemangat. Inovasi juga membantu mencipta produk dan perkhidmatan baharu yang boleh memberi impak positif kepada ekonomi dan masyarakat. Inovasi juga boleh membina kelebihan daya saing dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.
Perjalinan kerjasama dengan MTDC merupakan inisiatif SEDIA untuk menyahut saranan Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor semasa Mesyuarat Pihak Berkuasa SEDIA, iaitu agar pusat-pusat kajian dan penyelidikan di Sabah dapat memainkan peranan dalam membangunkan pengetahuan serta menggalakkan inovasi.
SEDIA-PINTAR juga merupakan salah satu usaha untuk memacu beberapa inisiatif yang disenaraikan di dalam Rangka Tindakan SDC 2.0, termasuklah:
- Inisiatif #4: Hab Pengetahuan — Merintis, membangunkan dan mengkomersialkan aplikasi teknologi dengan kerjasama universiti, institut penyelidikan dan pemain industri dalam bidang perhutanan, sains marin/akuakultur dan biojisim/ ekonomi kitaran; dan
- Inisiatif #23: Kerjaya dan Bakat Sabah — Mengumpul dan melaporkan maklumat pasaran buruh, menghubungkan majikan dan pekerja, dan mempromosikan peluang kerja/latihan.