‘Seminar on Governing with Integrity: The Core of Public Service Reform’

Sabah Federal Secretary YBhg. Dato Seri Haji Rosli bin Haji Isa delivering the opening address
SEDIA Chief Executive YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan presenting a memento to Sabah Federal Secretary YBhg. Dato Seri Haji Rosli bin Haji Isa, as witnessed by INTAN Sabah Campus Regional Director Dr. Muharrir bin Kamarudin

Kota Kinabalu — Sabah Federal Secretary YBhg. Dato Seri Haji Rosli bin Haji Isa today delivered a message during the Seminar on Governing with Integrity: The Core of Public Service Reform held at the Sabah International Convention Centre (SICC). Also in attendance were YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan, Chief Executive of the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), along with heads of Federal and Sabah State departments.

As many as 800 participants consisting of Federal and State civil servants had registered and participated in the seminar. This seminar featured three speakers, namely YBhg. Datuk TPj Karunanithy A/L Y. Subbiah (MACC Sabah Director), Khairul Anuar bin Amat Johari (Sabah State Deputy Director of Audit) and Mohd Firdaus Ramlan (CIJ Global), and is a strategic collaboration program between SEDIA and INTAN Sabah Campus held as a catalyst for more transparent, accountable and ethical public administration practices.

In his opening address, YBhg. Dato’ Seri Hj. Rosli bin Isa emphasised that civil servants shoulder a great responsibility in providing the best service to the people. Civil servants are agents of change who must ensure that every action and decision taken is based on the principles of integrity, accountability, and transparency. Dato’ Seri Hj. Rosli bin Isa thus called on all civil servants to continue to improve their personal integrity and together develop Malaysia MADANI with integrity.

Meanwhile, in the welcoming speech delivered by YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim, the seminar participants were informed that the objective behind organising today’s seminar was to:

  1. Increase awareness and understanding of the importance of integrity values ​​in governance;
  2. Provide exposure for participants at all levels on the implications of misconduct such as corruption, breach of trust and abuse of power as well as preventive measures; and
  3. Promote a culture of ethical and professional work practices to increase public confidence in government agencies.

Apart from the seminar topics, booths were also set up for participants to visit and obtain information from various government departments and agencies including the Pension Division (Sabah) of the Public Service Department, Road Transport Department, Employees Provident Fund, FAMA, Sabah State Health Department, Open University Malaysia, City University Malaysia (Sabah), Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC), as well as the organisers’ booths.

It is the hope of the organisers that programmes like this can produce civil servants who are self-aware and vigilant in their actions, and thorough in the implementation of their assigned duties.


‘Seminar Tatakelola Berintegriti: Teras Reformasi Perkhidmatan Awam’

Setiausaha Persekutuan Sabah YBhg. Dato Seri Haji Rosli bin Haji Isa menyampaikan ucapan perasmian
Ketua Eksekutif SEDIA YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan menyampaikan cenderahati kepada Setiausaha Persekutuan Sabah YBhg. Dato Seri Haji Rosli bin Haji Isa, disaksikan oleh Pengarah Wilayah INTAN Kampus Sabah Dr Muharrir bin Kamarudin

Kota Kinabalu — Setiausaha Persekutuan Sabah YBhg. Dato Seri Haji Rosli bin Haji Isa hari ini telah menyampaikan amanat dalam program Seminar Tatakelola Berintegriti: Teras Reformasi Perkhidmatan Awam yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Turut hadir adalah YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan iaitu Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) bersama ketua-ketua jabatan Persekutuan dan Negeri Sabah.

Seramai 800 orang peserta yang terdiri daripada penjawat awam Persekutuan dan Negeri telah mendaftar dan menyertai seminar ini. Seminar ini turut mengundang tiga penceramah iaitu YBhg. Datuk TPj Karunanithy A/L Y. Subbiah (Pengarah SPRM Negeri Sabah), Encik Khairul Anuar bin Amat Johari (Timbalan Pengarah Audit Negeri Sabah) dan Encik Mohd Firdaus Ramlan (CIJ Global), dan merupakan program kerjasama strategik antara SEDIA dan INTAN Kampus Sabah yang diadakan sebagai pemangkin kepada amalan pentadbiran awam yang lebih telus, berakauntabiliti dan beretika.

Dalam ucapan perasmian oleh YBhg. Dato’ Seri Hj. Rosli bin Isa, beliau menegaskan bahawa penjawat awam memikul tanggungjawab yang besar dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Penjawat awam merupakan agen perubahan yang perlu memastikan setiap tindakan dan keputusan yang diambil adalah berlandaskan kepada prinsip integriti, akauntabiliti, dan ketelusan. Dato’ Seri Hj. Rosli bin Isa menyeru kepada semua penjawat awam untuk terus meningkatkan integriti diri dan bersama-sama membangunkan Malaysia MADANI yang berintegriti.

Semasa ucapan alu-aluan disampaikan oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim, para peserta dimaklumkan bahawa objektif di sebalik penganjuran seminar hari ini adalah untuk:

  1. Meningkatkan kesedaran dan kefahaman terhadap kepentingan nilai-nilai integriti dalam tadbir urus;
  2. Memberi pendedahan kepada peserta di semua peringkat mengenai implikasi salah laku seperti rasuah, pecah amanah dan salah guna kuasa serta langkah pencegahannya; dan
  3. Menggalakkan pembudayaan amalan kerja yang beretika dan profesional untuk meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap agensi kerajaan.

Selain pengisian seminar, reruai telah disediakan bagi peserta melawat dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan antaranya JPA Bahagian Pencen (Sabah), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), FAMA, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Open University Malaysia, City University Malaysia (Sabah), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta reruai penganjur.

Semoga program seumpama ini dapat melahirkan penjawat awam yang cakna kepada kewaspadaan dalam tindakan serta ketelitian dalam pelaksanaan tugas yang diamanahkan.

Similar Posts