‘SEDIA Facilitates First Government Building Solar Generation Project in Sabah’

Sabah Federal Secretary YBhg. Dato Seri Hj. Rosli bin Isa (centre) during the handover ceremony for the KPKPS Solar Energy System Installation Project with (left to right) Ir. Jeremey Tan (Director of Kombinasi Saudagar Sdn Bhd), Iwan Hermawan Masrul (SEDIA Chief Strategic Planning Officer), Helena Romeo (Secretary of the Facilities Management Division of the Ministry of Works), and Datuk Dr. Roland Chia Ming Shen (Board Member of CIDB, and Political Secretary to the Chief Minister of Sabah)

Kota Kinabalu — Sabah Federal Secretary YBhg. Dato Seri Hj. Rosli bin Isa today officiated the handover ceremony for the Sabah Federal Government Administration Complex (KPKPS) Solar Energy System Installation Project, which was held at the Elopura Hall of KPKPS. The Ministry of Works Malaysia (KKR) as the implementing agency symbolically handed over the fully completed project to the Federal Government office in Sabah.

The objective of this Solar System Installation Project is to promote environmental sustainability by increasing the use of renewable energy, namely solar photovoltaic (Solar PV), in addition to creating savings in electricity costs of government buildings. This Solar System Installation Project at KPKPS was implemented by KKR.

In his welcoming speech, YBhg. Dato Seri Hj. Rosli explained that the installation of this solar generation system is implemented on the roof or rooftop of buildings to optimise the use of space and increase convenience for the building occupants and visitors. This design is not only practical but also demonstrates a commitment to environmentally friendly technology. He also said, “in terms of financial impact, this system is expected to reduce monthly electricity bills by up to RM71,000, and subsequently contribute to savings of up to RM4,260,000.00 over a period of five years. Investing in this green technology proves that a sustainable approach can produce sustainable economic returns”.

Implementation of this project began on 28 August 2024 with allocations approved by the Ministry of Economy and channeled through the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA), and was fully completed on 30 April 2025 while testing and commissioning were carried out on 26 May 2025. Apart from this project, there are seven other solar generation system installation projects in other government buildings, wherein SEDIA is the implementing agency.

With the completion of this project, it is the first Federal Government building in the state of Sabah to use solar energy with a capacity of 1.0 megawatt in addition to conventional electricity supply.

This effort is in line with the goal of driving Key Economic Growth Areas (KEGA) under the Sabah Development Corridor (SDC), through the use of renewable energy sources to strengthen environmental sustainability.


SEDIA Mengusahakan Projek Penjanaan Tenaga Solar Bangunan Kerajaan yang Pertama di Sabah

Setiausaha Persekutuan Sabah YBhg. Dato Seri Hj. Rosli bin Isa (tengah) semasa sesi penyerahan Projek bagi Kerja-kerja Pemasangan Sistem Solar KPKPS bersama (kiri ke kanan) Ir. Jeremey Tan (Pengarah Kombinasi Saudagar Sdn Bhd), Encik Iwan Hermawan Masrul (Ketua Pegawai Perancangan Strategik SEDIA), Puan Helena Romeo (Setiausaha Bahagian Pengurusan Fasiliti Kementerian Kerja Raya), dan Datuk Dr. Roland Chia Ming Shen (Ahli Lembaga Pengarah CIDB merangkap Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah)

Kota Kinabalu — Setiausaha Persekutuan Sabah YBhg. Dato Seri Hj. Rosli bin Isa hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek bagi Kerja-kerja Pemasangan Sistem Solar di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS), bertempat di Dewan Elopura, Aras 2, KPKPS. Pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) sebagai agensi pelaksana menyerahkan secara simbolik projek yang telah siap sepenuhnya kepada pihak Persekutuan Sabah.

Objektif Projek Pemasangan Sistem Solar ini adalah untuk menggalakkan kelestarian alam sekitar dengan meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui, iaitu solar photovoltaic (Solar PV), di samping mewujudkan penjimatan bil elektrik bagi bangunan kerajaan. Projek Pemasangan Sistem Solar di KPKPS ini telah dilaksanakan oleh KKR.

Dalam ucapan alu-aluan, YBhg. Dato Seri Hj. Rosli menerangkan bahawa konsep pemasangan sistem solar ini dilaksanakan di atas bumbung atau rooftop bangunan bagi mengoptimumkan penggunaan ruang serta meningkatkan keselesaan kepada pengguna dan pelawat bangunan. Reka bentuk ini bukan sahaja praktikal, malah menzahirkan komitmen terhadap teknologi mesra alam. Beliau juga berkata, “dari segi impak kewangan, sistem ini dijangka dapat mengurangkan bil elektrik bulanan sehingga RM71,000, dan seterusnya menyumbang kepada penjimatan yang mencecah RM4,260,000.00 untuk tempoh lima tahun. Pelaburan dalam teknologi hijau ini membuktikan bahawa pendekatan lestari boleh menghasilkan pulangan ekonomi yang mampan”.

Projek ini telah mula dilaksanakan sejak 28 Ogos 2024 dengan peruntukan yang diluluskan oleh Kementerian Ekonomi dan disalurkan melalui Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), dan telah pun siap sepenuhnya pada 30 April 2025 serta ujian dan pentauliahan dijalankan pada 26 Mei 2025. Selain projek ini, terdapat tujuh lagi projek pemasangan sistem solar di bangunan kerajaan yang lain, di mana SEDIA sebagai agensi pelaksana.

Dengan siapnya projek ini, ianya merupakan bangunan Kerajaan Persekutuan yang pertama di negeri Sabah yang menggunakan tenaga solar dengan kapasiti 1.0 megawatt di samping bekalan tenaga elektrik konvensional.

Usaha ini selaras dengan matlamat memacu Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) di bawah Koridor Pembangunan Sabah (SDC), menerusi penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui bagi memperkukuh kelestarian alam sekitar.

Similar Posts