“Bakti Madani Kudat 2024 Programme and First Year of MADANI Economy”

Sabah Chief Minister cum SEDIA Chairman YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor presenting a lucky draw prize to one of the local youth, joined onstage by YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan (Chief Executive of SEDIA)
YBrs. Ahmad Jefry bin Aziz @ Adan (Executive Director of PACU) presenting a memento to Sabah Chief Minister cum SEDIA Chairman YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, watched on by YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan (Chief Executive of SEDIA)
The lively crowd during the Makan Buah-buahan Tempatan event held during the Bakti Madani Kudat 2024 programme

Kudat — The Bakti Madani Kudat 2024 programme (PBMK 2024) is a strategic collaboration programme between the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) and the Performance Acceleration Coordination Unit (PACU) of the Prime Minister’s Department, which was held across three days at Tomborungus Square, Kudat from 23 until 25 August 2024.

  • The event, which carried the theme “Perkhidmatan untuk Rakyat“, had focused on services offered by 67 State and Federal Government agencies, government-related companies, private parties, and associations. A variety of direct services were offered to the people by agencies such as PACU, SEDIA, LHDN, JPN, NADI, RISDA, Yayasan Sabah Group, MARA, SOGDC, JPJ, ATM, PDRM, Immigration Department, DIDR Sabah, to name a few.
  • The number of visitors in attendance throughout PBMK2024 is estimated to have exceeded 100,000 people, from around Kudat, Banggi, Matunggong, Kota Marudu, Kota Belud, Pitas and other nearby localities. The cumulative sales from the entrepreneur stalls is estimated to record as much as RM30,000.00. Meanwhile, the sales value of food and beverage stalls provided by 100 traders is recorded as high as RM300,000.
  • The organisers also estimate that the economic value that was brought in during the three days that PBMK2024 was held had reached RM3 million, taking into account the sales of food and beverages, accommodation, transportation, as well as the purchase of various handicrafts and souvenirs in Kudat.
  • Meanwhile, the Mini Career Carnival (MyFutureJobs) that was held through collaboration with PERKESO recorded 324 job seekers having registered, with 168 people participating during interview sessions with ten companies that offered job opportunities.
  • During the opening ceremony, Chief Minister cum SEDIA Chairman YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor also announced that the State Government is planning to develop a Kudat Industrial Park, spanning an estimated 5,000 acres. This inclusive development is expected to open up more job opportunities and stimulate the economy of Sabah, especially the Kudat district.
  • SEDIA and PACU would like to express their deepest appreciation and gratitude to all the State and Federal Government agencies involved in making PBMK 2024 a success as well as in achieving the objectives of organizing the programme, especially the Kudat District Office, Kudat Town Council, PDRM, RELA, APM, Kudat Health Department, SESB and others.


“Program Bakti Madani Kudat 2024 dan Setahun Ekonomi MADANI

Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor menyerahkan hadiah cabutan bertuah kepada seorang kanak-kanak dari daerah Kudat, diiringi di atas pentas oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan (Ketua Eksekutif SEDIA)
YBrs. Encik  Ahmad Jefry bin Aziz @ Adan (Pengarah Eksekutif PACU) menyampaikan cenderamata kepada Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor disaksikan oleh YBhg. Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan (Ketua Eksekutif SEDIA)
Suasana semasa acara Makan Buah-buahan Tempatan dijalankan sempena Program Bakti Madani Kudat 2024

Kudat — Program Bakti Madani Kudat 2024 (PBMK2024) merupakan program kerjasama strategik di antara Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) dengan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah berlangsung selama tiga hari di Dataran Tomborungus Kudat, Sabah mulai 23 Ogos 2024 dan melabuhkan tirai pada 25 Ogos 2024.

  • Program PBMK2024 dengan tema ‘Perkhidmatan untuk Rakyat’ telah memfokuskan kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh sebanyak 67 agensi kerajaan negeri dan persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan, pihak swasta dan persatuan. Pelbagai jenis perkhidmatan terus kepada rakyat telah ditawarkan seperti agensi PACU, SEDIA, LHDN, JPN, NADI, RISDA, Kumpulan Yayasan Sabah, MARA, Sabah Oil and Gas Development Corporation (SOGDC), JPJ, ATM, PDRM, Jabatan Imigresen, DIDR Sabah dan banyak lagi.
  • Jumlah pengunjung hadir ke PBMK2024 dianggarkan mencecah sehingga 100,000 orang dari sekitar Kudat, Banggi, Matunggong, Kota Marudu, Kota Belud, Pitas dan lain-lain. Anggaran nilai jualan reruai usahawan mencatatkan sebanyak RM30,000.00. Manakala, anggaran nilai jualan gerai makan dan minuman 100 peniaga yang disediakan merekodkan sebanyak RM300,000.
  • Sepanjang tiga hari program PBMK2024, pihak penganjur turut menganggarkan nilai ekonomi yang telah dibawa melalui program ini, mencecah RM3 juta dengan mengambil kira perbelanjaan makan dan minum, penginapan, pengangkutan, pembelian pelbagai kraftangan serta cenderahati di Kudat.
  • Melalui Mini Karnival Kerjaya (MyFutureJobs) dengan kerjasama PERKESO telah merekodkan pendaftaran pencari kerja seramai 324 orang, dan seramai 168 orang telah mengikuti sesi temuduga bersama sepuluh syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan.
  • Semasa majlis perasmian program PBMK2024, YAB Ketua Menteri Sabah turut mengumumkan perancangan kerajaan Negeri untuk membangunkan Taman Perindustrian Kudat yang dianggarkan berkeluasan 5,000 ekar. Konsep pembangunan yang inklusif ini dijangka akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan merangsang ekonomi Sabah, khususnya daerah Kudat.
  • Pihak SEDIA dan PACU ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang terlibat, terutamanya Pejabat Daerah Kudat, Lembaga Bandaran Kudat, PDRM, RELA, APM, Jabatan Kesihatan Kudat, SESB dan lain-lain dalam menjayakan dan mencapai objektif penganjuran program PBMK2024.

Similar Posts