‘State Government Fast Tracks Local Shellfish Farming Industry’


Tuaran — YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, the Chief Minister cum Chairman of the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) this morning officiated the launching ceremony for the Sabah Shellfish Resources and Industry Project, held at Borneo Beach and Mangrove Resort, Tuaran. The ceremony is aimed at introducing the shellfish farming industry as a strategic initiative in strengthening Sabah’s blue economy, while generating a sustainable source of income for the B40 and local community participants. The ceremony was also attended by over 500 invited guests and local residents.
The Chief Minister also witnessed the exchange of documents for a Memorandum of Understanding (MoU) between SEDIA and the Department of Fisheries Malaysia (DoFM). This MoU is aimed at strengthening cooperation between SEDIA and DOFM in developing the state’s shellfish industry with support from state government departments and agencies. Among the key points of the MoU is the transfer of technology for induced hatchery and commercial shellfish farming to Sabah for the purpose of food security and sustainable farming activities.
In his opening remarks, the Chief Minister welcomed this initiative and effort to transfer expertise and key technologies such as large-scale induction seeding technology, precise shellfish farm management, and post-harvest technology to the state and project participants. “This knowledge transfer initiative reflects the spirit of close cooperation between the Federal and State Governments in developing Sabah’s aquaculture industry based on science and sustainability. This also demonstrates the importance of a whole-of-government approach, in realising the state’s economic transformation through marine resources”.
The Sabah Shellfish Industry and Resources Development Project that was launched through this ceremony is a result of the Exploration Study and Mapping Study of Blood Clams (Tegillarca Granosa) Resources in Sabah which was carried out from October 2024 to May 2025 by SEDIA, DoFM, and the Sabah Fisheries Department (DoFS). This study had assessed and identified the suitability of muddy areas in Sabah as shellfish farming locations, induced clam spawning grounds and clam seed presence sites, by obtaining information on the distribution, biomass and potential for clam farm development and clam (Tegillarca Granosa) resource management.
The findings of the study identified five potential locations for consideration as Suggested Induced Spawning Grounds (SISG), from which this project will be implemented first in two districts, namely Tuaran and Beluran. It is estimated that a total of 77 shellfish farm lots will be developed in the pilot project with the Tuaran and Beluran areas having 12 and 65 lots respectively. Each lot will be filled by 10 participants. The waters off Tawau, Kota Marudu and Beaufort have also been identified as having potential for shellfish farming development in the future.
In closing his opening remarks, the Chief Minister called on the private sector to seize this opportunity to invest in seafood processing, sustainable packaging, and building Sabah’s export chain. In addressing the communities in Tuaran and Beluran, “you are the pioneers and leaders of this project. The traditional knowledge you have inherited, when combined with modern technology, will create extraordinary power of change. We hope that the new generation can harness this modern knowledge to increase the production capacity and productivity of the aquaculture sector”.
In light of the study’s encouraging results, SEDIA expresses its appreciation to all parties involved in ensuring the successful implementation of the Exploration Study and Mapping Study of Blood Clams in Sabah. Through this study, SEDIA had played the following roles:
- facilitating the implementation of shellfish farm exploration studies;
- linking DoFM with relevant state agencies (DoFS, Department of Land and Survey, and Sabah Natural Resources Office, Chief Minister’s Department);
- identifying participants currently involved in farming projects;
- measuring the effectiveness of project results and its impact on the state economy; and
- funding the cost of the Exploration Study and Mapping Study of Blood Clams in Sabah.
‘Kerajaan Negeri Mempercepatkan Pembangunan Industri Penternakan Kerang Tempatan’


Tuaran — YAB Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, selaku Pengerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) hari ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Industri dan Sumber Kerang Sabah, bertempat di Borneo Beach and Mangrove Resort, Tuaran. Majlis pelancaran ini bertujuan untuk memperkenalkan industri penternakan kerang sebagai inisiatif strategik dalam memperkasa ekonomi biru negeri Sabah, sekaligus menjana sumber pendapatan yang mampan kepada peserta kategori B40 dan komuniti setempat. Majlis ini turut dihadiri oleh lebih 500 orang tetamu jemputan dan penduduk tempatan.
YAB Ketua Menteri juga turut menyaksikan Upacara Bertukar Dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak SEDIA dengan Jabatan Perikanan Malaysia (DoFM). Dokumen MoU yang ditandatangani ini adalah bertujuan memperkukuhkan kerjasama antara SEDIA dengan DoFM dalam membangunkan industri kerang di Sabah dengan dokongan oleh agensi dan jabatan kerajaan negeri. Antara perkara penting terkandung di dalam dokumen MoU tersebut adalah berkaitan pemindahan teknologi pembenihan aruhan dan ternakan kerang secara komersil ke Sabah bagi meningkatkan keterjaminan makanan dan kelestarian aktiviti ternakan.
Dalam ucapan perasmian YAB Ketua Menteri, beliau amat mengalu-alukan inisiatif dan usaha untuk memindahkan kepakaran dan teknologi utama seperti teknologi pembenihan aruhan berskala besar, pengurusan ladang kerang secara cekap dan tepat, serta teknologi lepas tuai ke negeri Sabah dan kepada peserta projek yang terlibat. “Inisiatif pemindahan pengetahuan ini mencerminkan semangat kerjasama yang erat antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri dalam membangunkan industri akuakultur Sabah berasaskan sains dan kelestarian. Ini juga memperlihatkan betapa pentingnya pendekatan whole-of-government, dalam merealisasikan transformasi ekonomi negeri melalui sumber laut”.
Projek pembangunan industri dan sumber kerang Sabah dilancarkan hari ini adalah hasil daripada Kajian Eksplorasi dan Kajian Pemetaan Sumber Kerang Darah (Tegillarca Granosa) di Sabah yang telah dilaksanakan pada bulan Oktober 2024 sehingga Mei 2025 oleh pihak SEDIA, DoFM, dan Jabatan Perikanan Sabah (DoFS). Kajian ini telah menilai dan mengenal pasti kesesuaian kawasan berlumpur di sekitar perairan Sabah sebagai kawasan ternakan kerang, tapak pembenihan aruhan kerang dan tapak kehadiran benih kerang, dengan memperolehi maklumat taburan, biomass dan potensi pembangunan kebun kerang dan pengurusan sumber kerang (Tegillarca Granosa).
Hasil dapatan kajian tersebut mendapati sebanyak lima lokasi berpotensi telah dikenal pasti sebagai Tapak Pembenihan Aruhan Kerang (Suggested Induced Spawning Ground — SISG). Sebagai permulaan, projek ini akan dilaksanakan terlebih dahulu di daerah Tuaran dan Beluran. Dianggarkan sebanyak 77 lot kebun kerang akan dibangunkan dalam projek rintis dengan kawasan Tuaran dan Beluran masing-masing mempunyai 12 dan 65 lot. Setiap lot pula akan diusahakan oleh 10 orang peserta. Kawasan perairan Tawau, Kota Marudu dan Beaufort juga turut dikenal pasti berpotensi untuk pembangunan penternakan kerang pada masa akan datang.
Dalam kata-kata penutup ucapan perasmian, YAB Ketua Menteri menyeru pihak sektor swasta untuk mengambil peluang dengan menyertai pelaburan dalam pemprosesan hasil laut, pembungkusan lestari dan pembinaan rantaian eksport Sabah. Bagi komuniti di Tuaran dan Beluran, “anda adalah pelopor atau peneraju projek ini. Ilmu tradisi yang anda warisi, apabila digabungkan dengan teknologi moden, akan mencipta kuasa perubahan yang luar biasa. Kita berharap generasi baru dapat menggarap pengetahuan moden ini untuk meningkatkan keupayaan dan produktiviti pengeluaran sektor akuakultur”.
Pihak SEDIA amat berpuas hati dan merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kajian Pemetaan Sumber Kerang Darah di Sabah. Melalui kajian ini, pihak SEDIA telah memainkan peranan seperti berikut:
- memudah cara pelaksanaan kajian eksplorasi kebun kerang;
- menghubungkan DoFM dengan agensi negeri yang berkaitan (DoFS, Jabatan Tanah dan Ukur, dan Pejabat Hasil Bumi Sabah, Jabatan Ketua Menteri);
- mengenal pasti peserta yang terlibat dalam projek ternakan;
- mengukur keberkesanan hasil dan impak projek kepada perekonomian negeri; dan
- membiayai kos Kajian Eksplorasi dan Kajian Pemetaan Sumber Kerang Darah.