“Collaboration between SEDIA and MTDC to Drive Research and Development of Technology and Innovation in Sabah towards Commercialisation”
Kota Kinabalu — The Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) is collaborating with the Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) to enhance Research and Development and Commercialisation and Innovation (R&D&C&I) efforts among local researchers and innovators.
The collaborative effort between the two parties began today with two simultaneous events: the “SEDIA Roundtable Session: Programme for Innovation and Technology Accelerator (SEDIA-PINTAR)” and also the “SEDIA and MTDC Meeting with SEDIA-PINTAR Strategic Partners” which were held at the Sabah International Convention Centre (SICC). This programme was attended by representatives from local higher education institutions, research institutions, government agencies, chambers of commerce, related private companies as well as stakeholders.
The partnership with MTDC is SEDIA’s initiative to respond to the call by Chief Minister YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor during the last SEDIA Members of Authority Meeting, wherein YAB Datuk Seri Chief Minister hopes for study and research centres in Sabah to play a growing role in developing knowledge and encouraging innovation. SEDIA Chief Executive, Datuk Seri Panglima Hashim bin Paijan in his speech informed that the SEDIA-PINTAR programme introduced today aims to bring together brilliant minds, innovative ideas, and the latest technologies to drive economic growth and development in the region. The roundtable session and meeting with strategic partners is an important first step to encourage local researchers and innovators to commercialise their research through the production of high-value local products that have the potential to be exported, further increasing Sabah’s state trade balance which at the same time can drive the local economy.
The programme held today is the first step towards encouraging local researchers and innovators to commercialise of their research. Through this roundtable session, SEDIA and MTDC aim to register researchers/companies/individuals in an R&D pitching session which will be held online, before going to the final stage during the Sabah Road2Growth (R2G) programme which is expected to take place in August 2024. Furthermore, 30 researchers/companies/individuals from the total number of registrants will be screened and identified to advance to the next phase which is the commercialisation stage.
The roundtable session was organised with several objectives in mind:
- To raise awareness among stakeholders about government ministries and agencies involved in the R&D&C&I ecosystem network in terms of support services, guidance and advice in commercialisation at the domestic and/or international level;
- To increase awareness of opportunities and markets for the commercialisation of research and technology results among researchers and innovators, in order to boost the economic development of Sabah;
- To encourage and foster the interest of researchers to continue to be active in R&D activities in order to explore local talent and bring progress to the economic development of Sabah;
- To build and establish close relationships with stakeholders, especially in the R&D&C&I ecosystem network; and
- To identify agendas and components or activities that are related and appropriate to be discussed in depth during the Sabah R2G programme that will be jointly organised by SEDIA and MTDC during August 2024.
Throughout the roundtable session, the participants involved were exposed through a briefing on MTDC, SEDIA-PINTAR as well as Technology Commercialisation Funding Opportunities as well as Methods and Techniques in Pitching Delivery which were delivered by officers from MTDC. In addition, Training Previews and Programme Activities including Innovation Readiness assessment, Value Proposition and Business Model were conducted during the session.
Today’s programme is also one of the efforts to drive several initiatives listed in the SDC 2.0 Blueprint, including:
- Initiative #4: Knowledge Hubs — Pilot, develop and commercialise application of technologies in collaboration with universities, research institutions and industry players in forestry, marine science/ aquaculture, and biomass/circular economy; and
- Initiative #23: Career and Talent Sabah — Capture and report labour market information, connect employers and workers and promote work/training opportunities.
Through this initial effort, it is hoped that researchers and innovators will be encouraged towards the commercialisation of R&D outcomes carried out in Sabah, as well as increase commercialisation opportunities so as to boost the local economy.
“Kerjasama antara SEDIA dan MTDC Memacu Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah ke arah Pengkomersialan”
Kota Kinabalu — Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA) menjalinkan kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Teknologi Malaysia (MTDC) untuk mempertingkatkan usaha Penyelidikan dan Pembangunan dan Pengkomersialan dan Innovasi (R&D&C&I) di kalangan penyelidik dan innovator tempatan.
Usaha kerjasama antara dua pihak itu bermula dengan anjuran serentak “Sesi Meja Bulat SEDIA: Programme for Innovation and Technology Accelerator (SEDIA-PINTAR)” dan juga “Mesyuarat SEDIA dan MTDC bersama Rakan Strategik SEDIA-PINTAR” pada hari ini yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Program ini telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada institusi pengajian tinggi Sabah, institusi penyelidikan, agensi kerajaan, dewan-dewan perniagaan, syarikat-syarikat swasta yang terlibat serta pihak-pihak berkepentingan.
Perjalinan kerjasama dengan MTDC merupakan inisiatif SEDIA untuk menyahut saranan Ketua Menteri YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada Mesyuarat Pihak Berkuasa SEDIA yang lepas, iaitu agar pusat-pusat kajian dan penyelidikan di Sabah dapat memainkan peranan dalam membangunkan pengetahuan serta menggalakkan inovasi. Ketua Eksekutif SEDIA, Datuk Seri Panglima Haji Hashim bin Paijan menerusi ucapan alu-aluannya menerangkan bahawa program SEDIA-PINTAR yang diperkenalkan pada hari ini bertujuan untuk menghimpunkan minda-minda cemerlang, idea-idea inovatif, dan teknologi-teknologi terkini untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di rantau ini. Sesi meja bulat dan mesyuarat dengan rakan strategik adalah langkah pertama yang penting bagi menggalakkan penyelidik dan innovator tempatan mengkomersialkan penyelidikan mereka dengan pengeluaran produk tempatan bernilai tinggi serta berpotensi untuk dieksport, seterusnya meningkatkan imbangan perdagangan negeri Sabah yang sekaligus dapat memacu ekonomi tempatan.
Ini merupakan langkah pertama bagi mendorong para penyelidik dan innovators ke arah aktiviti pengkomersialan hasil-hasil penyelidikan tempatan. Melalui sesi meja bulat ini, SEDIA dan MTDC menyasarkan untuk mendaftarkan para penyelidik/syarikat/persendirian untuk menghadiri pitching session R&D yang akan diadakan secara atas talian, sebelum ke peringkat akhir semasa program Road2Growth (R2G) Sabah yang dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos 2024. Tambahan pula, 30 penyelidik/syarikat/persendirian daripada jumlah pendaftar akan ditapis dan dikenal pasti untuk maju ke fasa seterusnya iaitu peringkat pengkomersialan.
Sesi meja bulat ini dianjurkan dengan objektif berikut:
- Memberi kesedaran kepada pihak-pihak berkepentingan mengenai pihak kementerian dan agensi kerajaan dalam jaringan ekosistem R&D&C&Idari segi khidmat sokongan, panduan dan nasihat dalam pengkomersialan di peringkat dalam negeri dan/atau antarabangsa;
- Meningkatkan kesedaran tentang peluang dan pasaran pengkomersialan hasil penyelidikan dan teknologi di kalangan penyelidik dan innovators demi melonjakkan pembangunan ekonomi negeri Sabah;
- Mendorong dan memupuk minat penyelidik untuk terus bergiat dalam kegiatan R&D agar dapat menerokai bakat tempatan serta membawa kemajuan kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah;
- Membina dan menjalin perhubungan rapat dengan pihak-pihak berkepentingan khususnya dalam jaringan ekosistem R&D&C&I; dan
- Mengenal pasti agenda dan komponen atau aktiviti yang berketepatan dan bersesuaian untuk dibincangkan dengan mendalam semasa program R2G Sabah anjuran bersama SEDIA dan MTDC yang akan diadakan pada bulan Ogos 2024.
Sepanjang sesi ini berlangsung, para peserta yang terlibat didedahkan melalui taklimat mengenai MTDC, SEDIA-PINTAR dan juga Peluang Pembiayaan Pengkomersialan Teknologi serta Kaedah dan Teknik dalam Penyampaian Pitching yang telah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada MTDC. Di samping itu, Previu Latihan dan Aktiviti Program termasuklah Innovation Readiness assessment, Value Proposition dan Business Model turut dijalankan dalam sesi tersebut.
Program pada hari ini juga merupakan salah satu usaha untuk memacu beberapa inisiatif yang disenaraikan di dalam Rangka Tindakan SDC 2.0, termasuklah:
- Inisiatif 4#: Hub Pengetahuan — Merintis, membangunkan dan mengkomersialkan aplikasi teknologi dengan kerjasama universiti, institut penyelidikan dan pemain industri dalam bidang perhutanan, sains marin/akuakultur dan biojisim/ ekonomi kitaran; dan
- Inisiatif 23#: Kerjaya dan Bakat Sabah — Mengumpul dan melaporkan maklumat pasaran buruh, menghubungkan majikan dan pekerja, dan mempromosikan peluang kerja/latihan.
Dengan adanya program yang telah berlangsung ini diharap akan dapat menggalak dan meningkatkan peluang para penyelidik dan innovator menuju ke arah pengkomersialan hasil R&D yang dijalankan bagi meningkatkan ekonomi Sabah.